Aku dan 6 Ammar

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN.


Aku pernah mendekati 6 orang Ammar yang aku kenali sepanjang hayatku.


Ammar Johari. Muhammad Ammar bin Johari (محمد عمار ابن جوهري). Menuntut di SMK La Salle, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Dalam adat, boleh dianggap selaku saudara walaupun pada hakikatnya tiadalah tali kekeluargaan. Aku kenal dia sudah lama sejak kecil tetapi kurang rapat tapi biasa. Sebaya denganku. Ayahnya seorang pegawai awam di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), ibunya saya kurang tahu, takut keliru.

Ammar Hakim. Muhammad Ammar Hakim bin Zulkefili (محمد عمار حكيم ابن ذو الكفل). Aku sangka dialah adik angkat aku sebab aku rapat juga dengannya. Anak Kedah. Rupanya dia memang sah adik angkat kepada sahabatku, Awang Zulfadli, sekaligus menghilangkan spekulasi bahawa aku dan Awang Zulfadli "merebut" atau "berkongsi" seorang adik junior - adik angkat. Suatu malam perbincanganku dengannya, aku rela bahawa Ammar Hakim adalah timbalan setianya. Suatu malam lagi pertemuanku dengan Ammar Hakim, aku rela dia mengutamakan kesetiaannya kepada Awang Zulfadli. Baca di sini kisah benarnya. Ayahnya seorang Pegawai Waran Tentera Laut, ibunya pula seorang guru sekolah rendah.

Ammar Shukerin. Ammar Shukerin bin Salleh (عمار شكرين ابن صالح), juga mahu dikenali sebagai Ammar Amir. Rasa dekat, terutamanya ketika Ramadhan 1432 (Ogos 2011). Aku suka bersahabat dengan orang yang suka senyum. Senyum mententeramkan hati. Keutamaannya ialah sukan. Setakat pengetahuanku, dia aktif dalam seni silat dan sukan bola tampar. Orang Papar. Nampak keluarganya antara sederhana dengan berada. Kedua ibu bapanya warga TM.

Aku pernah tersasul antara Ammar Hakim dengan Ammar Shukerin. Lihat di sini.

Ammar Arif. Ammar Arif bin Adanan (عمار عارف ابن عدنان). Orang selatan Sabah, Beaufort, kalau tidak silap. Orang yang suka buat lawak. Aku kira aku rasa dekat jugalah dengannya. Macam ayahnya seorang guru, ibunya saya tidak tahu profesionnya.

Ammar Jakrin. Ahmad Ammar bin Jakrin (أحمد عمار ابن جاكرين). Orang Menggatal. Menuntut di SM Sains Sabah. Kurang rapat dengannya. Setakat pengetahuanku, dia anak guruku, Cikgu Masni, kini Penolong Kanan Kokurikulum di SMKA Tun Ahmadshah. Kedua ibu bapanya guru.

Amar Farhan. Amar Farhan bin Mohd. Nordin (عمار فرحان ابن محمد نوردين). Abangnya (lupa sudah namanya) kawanku dulu di SMKA Tun Ahmadshah. Orangnya biasa-biasa sahaja. Ayahnya guru merangkap peniaga. Ibunya saya kurang tahu profesionnya.

Aku suka berkawan dengan orang yang bernama Ammar (عمار). Dalam Kamus Ajeeb, "عمار" bermaksud "بناء" (pembangun), "حليم" (bertolak ansur), "رزين" (rasional) dan "مؤمن" (orang yang beragama). Ada signifikannya nama ini.

Dalam waktu yang sama, ada mereka, pada suatu ketika, memberi pengertian sebenar kepadaku tentang diri mereka, diriku dan kehidupan.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Rabu, 1 Februari 2012, jam 11.41 malam.

Comments