Keseorangan dan Kesiangan di Ibu Negeri

Teringat pula saya pada suatu frasa. "Akan tetap ku kenang kasihmu terhadap diriku..." Lagu Nilai Cintamu nyanyian Sudirman.


Pagi tadi, saya menghadiri Ujian Bahagian 1, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) (Lesen L). Alhamdulillah, saya mendapat 48/50. Saya kemudiannya akan menyertai Bengkel Memandu selama 3-6 jam (Syarat wajib ialah 6 jam) untuk melayakkan saya mendapatkan Lesen L.


Selanjutnya, saya menghubungi Awang Zulfadli. Nampaknya saya keseorangan kerana Awang Zulfadli hanya akan menjengah ibu negeri pada keesokannya. Saya kesoloanlah nampaknya.

Jam sudah sekitar jam 11 pagi. Yang akurasinya saya kurang periksa dan mengerti.

Saya fikir saya harus pulang rumah waktu itu. Siapalah yang mahu bersama saya di sini? Nampaknya, saya seorang sahajalah di sini.

Tak apalah.

Saya fikir lagi macam mahu pamit ke residensi. Tidak dapat. Tiga dan dua orang datang mengerumuni saya. Khairullah, Firdauz dan Aliffnazmi. Sejurus itu, tidak lama, Amsyar dan Najeh.

Dalam fikiran, saya mahu datang sebentar menjengah madrasah saya yang dulu dan ulung. Tapi, saya tidak dapat. Namun begitu, saya pula yang dijengah mereka tanpa saya sedari.

Hati saya sedikit resah. Kata Khairullah, "Tadi ada juga Hizami dan Ammar."

Saya terus memotong. "Ammar Hakim?" Saya salah orang.

"Ammar Shukerin."

"Owh, ya, bukan? Ammar Shukerin pula. Ammar Hakim yang di SEMAI itu. Teringat Abang si Ammar Hakim di SEMAI." Jauh di sudut hati.

Lalu saya pinta pada mereka, "Kirim salam sama dia orang."

Hati yang di sebelah sudah mula sedikit resah. Hati yang di sebelah lagi pula rasa mahu pulang ke teratak.

Saya berputus, saya mahu melihat yang lain di Centre Point.

Saya terus menuju ke Tingkat 3. Tempat letaknya kedai buku Eaton.

Saya berjalan sekilas pandang sahajalah. Rupanya, ada lagi yang beruniform madrasah.

Ammar Shukerin. Alif Izzudin. Luqman al-Hakim.

Tanya Ammar Shukerin, "Abang seorang saja?"

"Kau rasa? Saya seorang sajalah! Hehe." Tersenyum. Senyuman yang riang dan meriangkan. "Famili saya di rumah."

"Abang tidak mahu belanja kami?" Luqman, bukannya tidak mahu belanja, tapi duit dah kurang. Kalau bertemu di awal, mungkin semua yang bersama saya tadi ada hasil.

Ammar Shukerin pula dengan rasa hatinya apabila saya bersoal mengenai perjuangan berikutnya. "Kelmarin, kena marah kami oleh Cikgu Matusin." Sebenarnya, dia suruh kamu (Ammar Shukerin dan rakan-rakan) jadi orang baik bah itu.

Asal ada orang menegur, sebenarnya dia mahu seseorang menjadi orang baik.

"Kamu PMR tahun ini. Kamu sudah bersedia?" InsyaAllah. Mereka bakal menjadi calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Saya menyampaikan salam saya melalui mereka kepada yang lain.

Saya bertemu mereka dalam keadaan saya telah meminta maaf dan saya telah memaafkan. Saya senang hati. Saya harap saya bertemu mereka, kalau bukan dalam keadaan mereka tidak atau lupa atau terlewat meminta maaf kepada saya pun, tetapi biarlah, dalam keadaan mereka telah memaafkan dan menerima saya semula seperti sediakala seadanya.

10 November 2011, "Saya mohon maaf segala dosa, salah dan silap saya kepada anda semua."

Dalam waktu yang lain, "Saya sudah maafkan semuanya."

Catatan saya berikutnya,
Senang hati dapat jumpa seketika Amsyar, Najeh, Firdauz, Aliffnazmi, Kerol, Alif Izuddin dan beberapa yang lain. Alhamdulillah. Saya ada nampak Hizami tadi di kedai perhiasan, tapi tidak sempat jumpa. Sayang. Apapun, "good luck, you all." Terima kasih kerana menerima saya walaupun hanyalah sebagai seorang manusia biasa. "Tuhan, tolong lembutkan hati dia untuk terimaku seadanya..."
Teringat jua hikmat Islami. "Kemaafan seseorang yang memaafkan orang yang meminta maaf memungkinkan kemuliaan kepada mereka dan sekelilingnya."

Ayat Allah meninta tazkirah kepadaku dalam al-Quran. "Mereka hendaklah memaafkan dan berlapang dada. Apa kamu tidak mahu kalau Allah mengampunimu?" Surah an-Nur, ayat 22.

Pokoknya, hari ini, saya bersyukur, kerana lulus satu bahagian dalam Ujian JPJ, dan kerana dapat bertemu semula dengan mereka. Saya sedang merancang untuk menjengah sekolah saya yang lama.

Kepada mereka yang berkenaan, "Bukan dirimu yang salah."

"Terkenang sebuah memori lalu..."

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Sabtu, 28 Januari 2012, jam 4.15 petang.

Comments