Friday, 24 June 2011

Walaupun Ke Nilai, Hakikatnya Pulang Negeri Sendiri

Benar, dalam surat kelahiran saya bernombor A411XXX, saya dilahirkan pada 13 Jun 1994 di Hospital Queen Elizabeth. Kota Kinabalu, Sabah. Namun, saya namakan tulisan saya sebagai yang di atas kerana Negeri Sembilan adalah negeri asal ibu saya. Kampung halaman di Negeri Sembilan terletak di Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah. Akan tetapi, saya tetap bertegas bahawa saya pulang ke negeri sendiri kerana saya merasa saya masih hampir dengan sanak saudara yang ada.

Catatan saya ini menunjukkan saya belajar 4 perkara: Komunikasi, Persahabatan, Ilmu dan Persaingan.




Jumaat, 17 Jun 2011


Saya memulakan perjalanan pada hari ini. Perjalanan bermula dengan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 9 pagi. Mendaftar masuk sekitar jam 9.30 pagi. masuk ke Balai Perlepasan sekitar jam 10 pagi. Beberapa belas minit kemudian, kontinjen mewakili SMKA Limauan masuk ke Balai Perlepasan.

Dari pertemuan ini saya kenal setiap ahli dari SMKA Limauan: Ustaz Hisham, Ustaz Shahrin, Aizuddin, Fakhrullah, Hashim dan Fikri. Penerbangan berlepas sekitar jam 11 pagi. Tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengahari. Kebetulan tiba bersama Ustaz Zulkifly Che Husin dari SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), Kuching, Sarawak. Rupanya seakan Ustaz Mohd. Zamri Ariffin yang mengajar di sekolah yang sama.

Kami kemudian menaiki bas menuju Kolej Kediaman Sutera Indah (KKIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak hampir 30 minit perjalanan dari LCCT. Kami tiba sekitar jam 4 petang dan mendaftar memasuki KKIS.

Ketika tiba di KKIS

Melihat daftar peserta, saya perasan ada tulisan sahabat saya dari SMKA TUNAZ. Saya cuba mengambil nombor telefon bimbit mereka dan menguji salah seorang dari mereka dengan menghantar mesej.

Salam. Kamu masih kenal saya, Abdul Muizz?

Tidak terbalas mesej itu. Terjumpa pula saya dengan bekas pelajar SMKA Inanam, saudara Mohd. Sarji Hj. Akmadis yang mengetuai Unit Pengurusan Hakim.

Kemudian, kami beristirahat sementara menunggu waktu untuk menuju ke Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah (FPQS), USIM sekitar jam 7.30 malam.

Saya mengenakan pakaian baju Melayu satu set berwarna hitam dan berkopiah putih. Saya turun bersama rakan-rakan saya dari SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) dan SMKA Limauan, terus meluru ke pintu pagar bersama yang lain.

Tiba-tiba, suara kedengaran memanggil saya.

Muizz. Assalamualaikum.

Itulah Muhammad Firman Mohd. Siril Asror. Datang bersalaman dan mendakap saya, sahabat beliau ketika saya menyertai Program Pertukaran Pelajar SMKA Inanam - SMKA TUNAZ 2009. Saya terharu melihat muka beliau. Saya fikir saya sudah tidak dikenali sebab perkara itu sudah 2 tahun silam.

Muncul muka berikutnya. Mohammad Hami Hamizul Saimi. Turut datang bersalaman dan mendakap saya seeratnya. Juga sahabat saya walaupun ketika tahun 2009, saya pelajar Tingkatan 3 manakala beliau berada di Tingkatan 2. Saya merasa sayu melihat wajah mereka sebab terlalu rindu.

Pada malam itu, saya, Firman, Hamizul bersama kumpulan SMKAKK serta SMKA Limauan menaiki satu bas menuju ke FPQS, USIM yang terletak 7 minit dari KKIS. Saya sempat bertanya tentang SMKA TUNAZ dan bercerita sedikit tentang sekolah lama, SMKA Inanam. Saya sepertinya menerima berita baik dari SMKA TUNAZ.

"Sekolah kami mahu datang SMKA Inanam nanti selepas Ihtifal Negeri (Sarawak)," kata Hamizul. Semoga Allah mengabulkan doa mereka.

Di FPQS, kami bersama warga pertandingan seluruh Malaysia diberi takimat mengenai aktiviti dan pertandingan Debat Bahasa Arab dan seterusnya menyaksikan perbahasan pembukaan oleh Kelab Debat, USIM. Memang cukup mencabar namun memberikan keseronokan.

Sabtu, 18 Jun 2011


Perlawanan pertama: SMKAKK lawan SMKA Durian Guling (SMKADG), Marang, Terengganu.

Dengan tajuk Bimbingan adalah Sebaik-baik Penyelesaian bagi Masalah Mat Rempit. SMKAKK sebagai Kerajaan; SMKADG sebagai Pembangkang. SMKAKK menang dengan undian juri 2-1. Abdul Muizz pembahas terbaik.

Perlawanan kedua: SMKAKK lawan SMKA Arau (SMKAA), Arau, Perlis.

Dengan tajuk Bahasa Inggeris adalah Bahasa Perpaduan untuk Menyatukan Rakyat Malaysia. SMKAKK sebagai Kerajaan; SMKAA sebagai Pembangkang. SMKAKK menang dengan undian juri 2-1. Abdul Muizz masih pembahas terbaik.

Perlawanan ketiga: SMKAKK lawan SMKA al-Irsyad (al-Irsyad), Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dengan tajuk Kewajipan Mengajar Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah itu Tidak Penting. SMKAKK sebagai Kerajaan; al-Irsyad sebagai Pembangkang. al-Irsyad menang dengan undian juri 3-0. Muhammad Ikmal Hakim (al-Irsyad) pembahas terbaik.

Selepas selesai 3 pertandingan, semua pulang ke KKIS. Perjalanan sekumpulan SMKAKK bermula di sini selepas selesai 3 pusingan liga. Kami menikmati selera malam di Restoran McDonald, Nilai.

Ahad, 19 Jun 2011

Perlawanan keempat: SMKAKK lawan SAM Tinggi Sultan Hishamuddin (Maahad Hishamuddin), Klang, Selangor.

Dengan tajuk Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Merosakkan Bahasa Ibunda. SMKAKK sebagai Pembangkang, manakala Maahad Hishamuddin sebagai Kerajaan. Maahad Hishamuddin menang dengan undian juri 3-0. Peserta Maahad Hishamuddin menjadi pembahas terbaik.

Perlawanan kelima: SMKAKK lawan SAM Hulu Langat (Hulu Langat), Selangor.

Dengan tajuk Kewajipan Mengajar Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah itu Penting. SMKAKK sebagai Kerajaan, manakala Hulu Langat sebagai Pembangkang. Hulu Langat menang dengan undian juri 3-0. Abdul Muizz pembahas terbaik.

Perlawanan keenam: SMKAKK lawan SMKADG (untuk kedua kali)

Dengan tajuk Bahasa Melayu adalah Bahasa Perpaduan bagi Menyatukan Rakyat Malaysia. SMKADG sebagai Kerajaan, manakala SMKAKK sebagai Pembangkang. SMKAKK menang dengan undian juri 3-0. Abdul Muizz pembahas terbaik.

Hari ini, kami diberi pengajaran oleh pensyarah kanan USIM, Dr. Ayad N. Abdullah, "Yang penting menyertai, bukannya memenangi, kerana pemenang hanya satu."

Perlawanan keenam berlangsung di Dewan Kuliah 2.1, FPQS, USIM. Disaksikan oleh keluarga saya sebelah ibu dan keluarga kandung Muhammad Farhan Samsuri.

Pulang ke KKIS sekitar jam 5 petang. Pada sebelah malam, saya berjalan ke 9 Avenue, Nilai untuk memberi hadiah kepada sahabat-sahabat saya. Saya juga sempat membeli kitab berjudul Langit Ilahi karya Hilal Asyraf. Saya kemudiannya singgah minum di Burger King di 9 Avenue; Giant Nilai dan Tesco Nilai sebelum pulang pada jam 11 malam.

Isnin, 20 Jun 2011


SMKAKK tidak terpilih ke pusingan kalah mati (16 Terbaik). SMKA TUNAZ layak. Saya cuba menonton perlawanan antara SMKA TUNAZ dengan al-Irsyad. Dengan tajuk Hukuman Penjara adalah Sebaik-baik Penyelesaian dalam Menangani Mat Rempit. SMKA TUNAZ sebagai Pembangkang, manakala al-Irsyad sebagai Kerajaan. al-Irsyad mengalahkan SMKA TUNAZ.

Sebelum itu, Hamizul memanggil saya ke hadapannya.

Muizz, siapa yang bagi buku itu?

Manalah saya tahu? Saya pun ada terima buku Langit Ilahi.

Soalan Hamizul saya lengahkan sehingga jam 11 pagi. Jawapan saya sekitar 11 pagi ialah,

Muka ini yang memberi buku tersebut.

Hamizul sudah agak sebenarnya.

Barulah saya menceritakan yang sebenar kepada Hamizul dan Firman yang menerima buku Sedikit Amalan, Besar Ganjaran yang saya punyai (dan membelinya 2 naskhah lagi untuk mereka). Hamizul dan Firman perlu menerima hakikat bahawa saya adalah seorang yang memberi.

Syukran.

Hari itu jugalah menyaksikan berlakunya sesi bergambar semua kontinjen bertanding.

Kontinjen SMKAKK
Kontinjen SMKA TUNAZ
Kontinjen SMKA Limauan
Selepas bergambar, saya menyertai Ustaz Zulkfily, Firman dan Hamizul menyaksikan perlawanan antara SMKA Segamat dan al-Irsyad. Diadakan di Dewan Kuliah Fakulti yang ada meja dan kerusi. Kami bersama kontinjen Sekolah Arab al-Attas (al-Attas), Ulu Tiram, Johor dan penonton lain bersepakat mengetuk meja bagi menimbukan suasana ala Dewan Rakyat (tanpa mempedulikan teguran Urusetia Pertandingan).

Selepas pertandingan tersebut, saya terus menjamu selera tengahari dan berlepas ke ibu negara. Lebih tepat lagi, ke Cheras. Mengambil masa hampir 2 jam sejak jam 2 petang (kerana perlu berteksi, berjalan kaki, berkomuter, ber-LRT dan lain-lain, ditambah dengan kesesatan sehingga ke Taman Miharja, Kuala Lumpur) untuk sampai di rumah pak cik saya di Desa Baiduri, Kuala Lumpur. Dalam waktu itu, saya sempat menghubungi Hamizul dalam Bahasa Arab beberapa kali untuk mengetahui keputusan perbahasan suku akhir dan separuh akhir.

Saya pulang ke Nilai sekitar jam 8 malam, dihantar oleh pak cik saya. Tiba di KKIS, rumah Sabah kosong. Saya mahu keluar semula.

Saya duduk berehat seketika bersama pengawal. Saudara Syamil (SMKAA) menghubungi saya. Rupanya, perkara itu diperhatikan oleh Hamizul. Orang atas menghubungi orang bawah. Saya kemudiannya ingin ke rumah Arau, Perlis. Syamil mempersilakan.

Tafaddhal, B2.

Tiada apa-apa pun di Blok B, Tingkat 2. Saya menghubunginya semula. Ketika naik, Syamil turun. Berjumpa di tengah pemanggilan. Lalu dia mempersilakan saya ke B3-1. Di situlah kontinjen SMKAA tinggal bersama Firman dan Hamizul.

Kami berjalan ke Dataran Nilai dan Pasar Malam sekitar jam 9 malam. Di Dataran Nilai, kami berjalan-jalan, membeli-belah dan berbual dalam Bahasa Arab.

Setelah membeli-belah dan sebelum pulang ke KKIS, kami singgah minum di Restoran Sri Sahabat. Saudara Azhar (al-Attas) diminta untuk membelanjakan dia dan 7 orang yang lain (termasuk saya). Lalu saya membisikkan sesuatu kepada Azhar.

Semua duduk dan menikmati minuman. Saya dalam beberapa puluh minit bangkit untuk membayar semua air yang diminum. Saya kemudian menunjukkan ibu jari kepada Azhar lalu duduk. Sejurus selepas itu, Hamizul merenung wajah saya dalam keadaan yang tertanya-tanya.

Akhirnya saya berkata, "Tayyib, kullu maa-in majaanan biduni Ringgitan." Setiap air itu percuma.

"Syukran", beramai-ramai.

Masih berlawak mereka itu dalam beberapa puluh minit sehingga saya bertanyakan soalan pertama kepada Firman. Dari situ, saya juga ada suara hati yang perlu didengari oleh semua. Hati-hati saya, Firman dan beberapa orang yang lain bersuara bersepakat bersama-sama.

Kami pulang ke KKIS jam 12.30 tengah malam.

Selasa, 21 Jun 2011


Kami berkemas kerana tidak akan kembali lagi ke KKIS. Saya sempat bergambar di KKIS dan sempat berjumpa dengan seluruh warga debat SMKA TUNAZ termasuk Nadiah dan Akmalina.

Kami menuju ke Stadium Nilai untuk menyaksikan sidang akhir antara al-Irsyad menentang SMAP Labu. Dengan tajuk Laman Sosial Membina Sahsiah Remaja, al-Irsyad menang dan menjuarai keseluruhan pertandingan setelah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menjuarai pertandingan 3 kali berturut-turut.

Ketika perasmian penutupan, kami diminta menyanyikan lagu USIM Terus Maju.


Malaysia maju di zaman merdeka
Umatnya bergerak berganding bahu
USIM menyahut harapan bangsa
Menjadi universiti termaju
Cabaran masa teras kegiatan
Penyelidikannya untuk dunia
Terus progresif membina insan
Berdisiplin mengamal nilai mulia
Benteng harapan untuk terus maju
Menjadi universiti terkini
Meredah halangan mencipta mutu
Mengharum negara seluruh bumi
USIM berjanji pada ibunda
Berjasa berbudi untuk semua
Siswanya adalah tunggak negara
Akan terus membela maruah kita


KISAS dan al-Irsyad masing-masing menerima dua piala pusingan yang berbeza. Mereka bersyukur atas kemenangan ini.

Setelah makan tengahari, kami terus menuju ke LCCT untuk pulang. Namun, masih ada suara hati untuk diluahkan khas kepada Ustazah Habibah dan Ustaz Zulkfily. Juga kepada Firman dan Hamizul. Mereka berdua dapat juga mendengar suara hati saya sebenar sebelum berlepas pulang ke Kuching. Terutamanya Hamizul. Terima kasih sekiranya Hamizul amat mengerti suara hati ini.

Kami berpisah dengan bersalaman dan dakapan erat bahawa Demi Allah, aku menyayangimu seeratnya. Semoga kenangan ini bersemi kembali.

Sepanjang 5 hari berada di Nilai, saya telah menghubungi ramai orang. Panggilan dari Sarawak: Ustazah Affida (Pengetua SMKA TUNAZ) dan Izzul Izzat Thalasa (Ketua Pelajar SMKA TUNAZ). Panggilan ke Sabah: selain ke rumah, kepada Ustazah Jaimis (Pengetua SMKAKK) dan Ustaz Naim (SMKA Inanam) dan lain-lain.

Sepanjang itu jugalah, saya bersyukur kerana dapat berbual dengan yang lain dalam Bahasa Arab tanpa tidak bertutur Bahasa Melayu.

Selepas ini, demi Allah dan kerana Allah, saya sayang semuanya!

Alhamdulillah. Hari-hari yang terlakar ini semuanya dengan izin dan rahmat Allah. Terima kasih, Tuhanku.

Firman - Muizz - Hamizul

Awang Abdul Muizz (SMKAKK/ex-SEMAI) dan Mohammad Hami Hamizul (SMKA TUNAZ)
Silakan ke Facebook saya (http://www.facebook.com/aamuizzam) untuk melihat gambar-gambar Debat.
Bertempat di Tuaran, Sabah, Malaysia

2 comments:

  1. Pembetulan - Yang diminta belanja itu bukan Saudara Azhar (Al-Attas), yang diminta itu Saudara Syamsul Aqram (Al-Attas). RALAT.

    ReplyDelete
  2. Pembetulan - Puteri TUNAZ yang Debat ialah Nadiah dan Syahida, bukannya Nadiah dan Akmalina. RALAT

    ReplyDelete