Munaqashah antara Sekolah Agama

Baru sebentar tadi, saya sempat bermunaqashah dengan beberapa perwakilan dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011. Pertandingan ini akan melabuhkan tirainya tengahari ini. Antara yang menyertai munaqashah ini termasuklah saudara Muhammad Firman Mohd. Siril Asror dan Mohammad Hami Hamizul Saimi (SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak); beberapa orang pelajar dari Madrasah al-Attas al-Arabiyyah, Ulu Tiram, Johor dan SMKA Arau, Perlis.


Sepertinya munaqashah kami bermula dengan lawak-lawakan (sebenarnya tiada perbahasan berlaku) dengan usul 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Keputusannya (secara main-main) ialah tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Sebelum itu, ketika saya baru tiba dari Cheras, Kuala Lumpur, saya melihat asrama kontinjen Sabah yang beralamat di A4-10, Apartmen Sutera Indah, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan; tidak berpenghuni. Lantas saya turun ke bawah dan ingin berjalan semula. Saya bertemu pengawal dan berbicara seketika. Dalam beberapa minit, saya menerima panggilan daripada saudara Syamil dari SMKA Arau. Rupa-rupanya, saudara Hami Hamizul memantau panggilan antara saya dengan saudara Syamil. Apabila perbualan terputus, saya terus naik ke rumah mereka.

Pada mulanya, saya pergi ke Aras Dua, Blok Ibnu Khaldun. Tiada siapa-siapa. Apabila saya menelefin Syamil semula, rupanya-rupanya di B3-1. Saya kemudiannya disambut ramai-ramai oleh para ahli bilik.

Ketika itu, saya melihat mereka sedang bersiap. Kemudian, saya didampingi oleh Hami Hamizul. Ketika rakan-rakan di B3-1 sedang berteriak seperti Firman, Muhamin (SMKA Arau) dan lain-lain, saya bercerita serba sedikit tentang saya. Saya diminta oleh Hami Hamizul untuk mempersembahkan muqaddimah munazarah saya. Saya mempersembahkan sedikit.

Tidak lama kemudian, Hamizul memperkenalkan saya lagu Laa Ilaha Illa Allah nyanyian Syeikh Masyari Rashid al-Afaasi. Saya kemudian bertanya tentang cara beliau mendapatkan video lagu tersebut dalam telefon bimbit Samsung yang tidak kurang canggihnya. Kemudian, saya memperdengarkan lagu Nostalgia nyanyian Soutul Amal kepada Hamizul. Hamizul menerima lagu tersebut. Saya tidak menerima video beliau ekoran masalah yang wujud pada sistem Bluetooth.

Kami kemudiannya berjalan-jalan ke Dataran Nilai dan ke pasar malam sekitar Nilai. Apabila waktu menunjukkan jam 11 malam, kami sekumpulan berkumpul untuk minum di salah sebuah restoran dekat rumah USIM. Munaqashah tersebut lawak.

Namun, setelah semuanya masuk kepada tumpuan munaqashah, setelah beberapa orang memulakan hujah seperti Firman, Azhar (Madrasah al-Attas) dan lain-lain, suara berikut didengari sebagai suatu perkongsian mahupun halatuju perjuangan:

  1. Menyertai perdebatan merupakan antara salah satu latihan untuk menjadi ahli Yang Berhormat.
  2. Bimbang terhadap situasi Bahasa Arab kini yang semakin hilang pejuang dan halatuju perjuangan.
  3. Perjuangan individu dengan perjuangan kolektif berbeza.
  4. Perdebatan adalah antara aplikasi pembelajaran dan penggunaan bahasa.
  5. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah.
  6. Datang ke pertandingan adalah untuk mencari persahabatan.

Perancangan tercapai. Namun, saya masih mahu bermunaqashah dengan SMKA Tun Ahmad Zaidi sebelum terbang pulang.

Comments