Wajah Si Rumah Tua


Cuba kau tenung wajah si rumah tua
berserta penghuninya yang lanjut usia

Saat kau melambainya terakhir kali
terlalu dalam dukanya harus diharungi

Meski suatu waktu kau bertandang lagi
kau bukan lagi milik si rumah purba

Tak tergambar di wajah dan lidahnya
betapa besar untukmu sebuah cinta

Tidak semestinya dengan kasih nan murni
tetapi terang dan gelap hidup minda dan hati

Mengharungi sebuah jalan yang nanti
jauh mana pun kan berakhir jua

Sepertinya dia tidak berbuat apa
tetapi obor yang sentiasa menyuluh raga

Dialah yang akan sentiasa memberi
dalam kekakuan, berdoa dan memotivasi

Kepadamu, dia akan terus menyayangi
sehingga tanah airnya ditelan dunia

Kampung Dungun Timbok, Tuaran, Sabah
Jumaat, 7 Disember 2018, jam 3.10 petang

Comments