Jingga adalah Raga


Jingga adalah raga
sekolah yang atas namanya
warga yang besar jiwanya
terang wawasan di mindanya

Jingganya beramanah
membela harga sebuah maruah
akademika dan kebudayaan
saintifik dan kemanusiaan

Jingganya berani
berdiri sebarisan dan sejati
membawa obor yang menyala
perjalanan, perjuangan yang sehala

Jingganya bangga
berdiri megah di pentas dunia
membelah lautan dengan armada
melakar biru angkasa raya

Putatan, Sabah
28-29 Disember 2018

Comments