Posts

Showing posts from April, 2018

Malammu Masih Indah, Duhai Sekolahku

Image
Tika bulan menyorok di balik awan
tika bintang lena diselimutkan
malammu masih cerah, duhai sekolahku
sesuai peribadimu nan megah dan indah
berdiri di tengah hati daerah dan wilayah
Sesungguhnya wargamu itulah bintang
yang meski sinarnya tak selalu terang
malammu masih cerah, duhai sekolahku
kerana pelita yang masih setia menyala
hari dan jalan di bawah cakerawala
Suatu hari bila bintang berjatuhan
berhenti menjadi teman sang rembulan
malammu masih cerah, duhai sekolahku
kerana di sana masih ada lagi bintang
menjadi teman nan terang dan riang.
SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor
29 April 2018

Pemakaian Gelaran "Yang Berhormat"

Image
Musim pilihan raya, yang dikira mulai saat pembubaran badan perundangan sehingga saat keputusan pilihan raya diumumkan, merupakan musim yang sarat dengan polemik. Salah satu polemik yang ditimbulkan oleh orang kebanyakan ialah pemakaian gelaran “Yang Berhormat” (YB) ketika ketiadaan badan perundangan.

Catatan buat Teman yang Berpaling

Image
Benar, aku pernah menyakitimu
tidak menurut apa hendakmu
yang siapa pun tidak bisa memahami
Lalu, kau berpaling tanpa kata maaf
apatah lagi untuk memberiku maaf
Dulu, kita pernah mengharungi
suatu jalan yang kita harap
meski kita lewat melaluinya
meski indah titik mulanya
akan saujana di noktah akhirnya
Tetapi kau memilih untuk menidakkan
setia teman yang sezaman
memandumu sepanjang hari dan jalan
tanpa berfikir apa erti dibenci
dicicir di tepi kembara tanpa erti
Suatu hari aku bertemumu lagi
aku ingin sekali mengkhabarkan
inilah saudara tuamu yang masih
belum lelah untuk mengharapkan
jayamu walaupun habis doa ini
Pastikan kau tersenyum lagi
sambil bersujud kepada Rabbul Izzati
setelah Dia menunjukkan mimpimu
yang hanya sekadar sejarah lalu
menjadi nyata di alam barumu.
Kampung Dungun Timbok, Tuaran, Sabah
21 April 2018

Usrah dalam Mendepani Revolusi Perindustrian Keempat

Image
Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) bukan lagi asing bagi Malaysia. IR 4.0 menyaksikan lebih banyak kerja yang dilakukan oleh manusia biasa dipermudahkan, bahkan diambilalih, oleh kecanggihan teknologi jarak jauh. Hari ini, dalam erti kata yang lain, kita tidak payah berfikir bagaimana untuk mengoperasikan sesuatu alat, sistem atau rangka kerja secara tempatan kerana semuanya boleh dibuat dari jarak jauh dan dari hujung jari.