Malam

Malam yang percuma
moga tiada lagi ragutan kesempitan
dengan pengajaran dan pembelajaran
di samping kokurikulum dan sukan
tak lupa tugas pejabat pengkeranian
serta sahsiah dan kepimpinan

Malam yang gelita
Tuhan sinarkan dengan cahaya rembulan
Berteman di keliling bintang berkedipan
Syukuri Tuhan pencipta keindahan
kerana segala rezeki dan kurniaan
datangnya bersalut keredhaan.

Malam yang bercahaya
membawamu berhimpun di dataran
menikmati bayu-bayu bertiupan
sambil terkenang kisah kehidupan
pahit manis sentiasa ajarkan
tabahkan diri dengan segala dugaan

Malam yang sentosa
Tuhan mendengar munajat permintaan
ambil malammu meski kepayahan
tundukkan hatimu, tadahkan tangan
Mintakan darinya rahmat dan percintaan
yang harus senantiasa membahagiakan.

Asrama, SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor
Sabtu, 9 September 2017, pukul 10.47 malam.

Comments