Posts

Showing posts from August, 2017

Melunasi Janji-janji Kemerdekaan

Image
Bulan Ogos dan September sentiasa simbolik kepada Malaysia dan rakyatnya. Apakan tidak, setiap 31 Ogos, Malaysia meraikan kemerdekaannya daripada penjajah. Setiap 16 September pula, kita memperingati Hari Malaysia, hari yang menyatukan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Begitu pun, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukanlah semata-mata untuk diraikan oleh negara dan rakyat dengan riang ria, tetapi untuk diisi dengan segala ingatan terhadap sejarah yang tercipta pada zaman dahulu. 446 tahun perjuangan mencapai kemerdekaan setelah kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis bukanlah suatu tempoh yang singkat. Betapa banyak darah dan air mata yang tertumpah, betapa banyak jugalah harta dan nyawa yang hilang kerana cinta kepada agama, nusa dan bangsa.
Mari kita ambil ruang dan peluang yang ada untuk berterima kasih kepada ayahbonda kita, nenek moyang kita, serta sesiapa pun ya…