Yakinlah Engkau Mampu

Yakinlah engkau mampu
melompat tinggi ke angkasa
membadai awan putih
menggapai bintang berkerdipan

Yakinlah engkau mampu
berlayar ke lautan
membelah ombak berliku
bersauh di pulau mutiara

Yakinlah engkau mampu
melangkah merentas kota dan desa
mendaki banjaran usaha
menakluk puncak jaya

Kerana aku yakin engkau mampu
walaupun graviti tak sama
walaupun ribut melanda
walaupun gempa menggegar gempita
dengan hati yang tabah
dengan tubuh yang gagah
dengan usaha yang gigih
dengan doa yang soleh
kejayaan pasti mendampingimu.

Kampung Dungun Timbok, Tuaran, Sabah
Ahad, 21 Ogos 2016, 9.22 pagi

Comments