Memperingati Ulangtahun Kelahiran di Bulan Ramadhan

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ucapan selamat, doa dan ingatan sempena ulangtahun kelahiran saya pada hari ini.

Saya sedar, untuk sampai ke saat ini bukanlah mudah. Kehidupan yang kita lalui hari demi hari adalah atas izin dan rahmat Allah jua; yang kemudiannya dimungkinkan oleh doa, sokongan dan ingatan yang kita kirimkan sesama kita sendiri.

Segala kejayaan yang diraih selama ini adalah dengan izin-Nya. Segala rezeki yang dikecapi selama ini adalah dengan kurnia-Nya jua. Segala urusan yang dipermudahkan selama ini adalah dengan restu-Nya jua.

Itu semua, begitu pun, didahului oleh bukan sahaja oleh doa, usaha dan ikhtiar diri sendiri, tetapi juga doa dan sokongan dan nasihat daripada semua yang berkenaan di pelbagai tempat, ketika dan keadaan. Saya menghargai itu semua.

Saya sedar, pada masa yang sama, bahawa inilah kali pertama saya memperingatinya buat pertama kalinya pada bulan Ramadhan. Bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Bulan ini jugalah umat Islam dianjurkan untuk tekun kepada amal ibadah dan khidmat bakti.

Sama-sama kita hidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan rahmat dan keampunan yang berlipat kali ganda kepada kita semua.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada ayahbonda dan seisi keluarga serta semua yang bersama saya memperingati ulangtahun kelahiran saya pada hari ini di mana-mana pun berada. Semoga Allah merestui kita semua dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya.

AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN
Tuaran, Sabah

13 Jun 2016

Comments