Posts

Showing posts from January, 2016

Mendepani Kepayahan Hidup Mahasiswa Universiti

Image
Hancur hati saya, akhir-akhir ini, dengan kisah orang-orang kita yang berlapar kerana ketiadaan wang. Hati ini lebih hancur apabila kisah sedemikian rupa menjadi muka depan surat khabar ternama yang dibaca di serata negara dan tersebar di dada-dada media sosial. Lalu, berlakulah pertikaman lidah antara sesama sendiri, yang kemudiannya menuding jari ke sana ke mari atas perkara ini.

Banyak punca yang menyebabkan keadaan sedemikian. Bermula daripada keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga yang terlalu sukar; sehinggakan wang pinjaman mahupun biasiswa pendidikan yang diterima terpaksa diberikan kepada keluarga untuk kelangsungan hidup keluarga - satu tindakan yang punya sisi baik dan buruknya.

Keadaan lebih rumit dengan rumitnya keadaan ekonomi negara yang berpunca daripada landskap ekonomi global yang semakin tidak kondusif. Ketidakstabilan nilai matawang dan harga komoditi merupakan penyebabnya. Kesannya, suasana politik peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga menjadi semakin sura…

Berterima Kasih kepada 2015

Image
Melangkah meninggalkan tahun 2015 sambil menuju ke tahun 2016 bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Hal ini demikian bukanlah kerana terlalu banyaknya kenangan terindah yang kita ukir sepanjang tahun sudah; bukanlah juga kerana keadaan tahun mendatang yang disifatkan lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya; tetapi kerana masa yang kita ada saat ini yang akan terus berputar ke hadapan, tiada lagi putaran ke belakang.

Oleh yang demikian, umur kita pun pantas jugalah berlalu. Kita semakin hampir ke penghujung. Tiada seorang pun yang tahu bilakah sampainya penghujung itu.

Sebahagian daripada kita sudah mencecahnya. Kita mohon kepada Yang Maha Pencipta agar dilimpahkan rahmat dan maghfirah ke atas semua yang mendahului kita, lebih-lebih lagi mereka yang tersayang.

Saatnya akan tiba. Kita akan menyusul. Kita harus bersedia; bukan sahaja dengan mengerjakan segala amal ibadah dan kewajipan, tetapi juga dengan menunaikan segala khidmat bakti dan kebajikan selagi diberi kekuatan.