Doa buat SMKA Kerian

Bengkel Debat Bahasa Arab SMKA Kerian 2015
(Foto: Kelab Debat dan Pengucapan Awam Bahasa Arab, UIAM)

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, we assemble in this hall to express our utmost praise and gratitude to You. Thank You, Ya Allah, for consenting this assembly. We are nothing without You. We, even, cannot do anything without Your Kind Permission.

YA ALLAH, YA AZIZ, YA JABBAR, kurniakanlah rahmatMu ke atas perhimpunan ini. Jadikanlah perhimpunan ini, bagi setiap yang berhimpun di sini, suatu pembakar semangat bagi mencipta dan mengukir kejayaan berterusan di masa hadapan.

YA ALLAH, YA FA'AL LIMA YURID, sesungguhnya SMKA Kerian adalah sekolah yang bertuah; dikurniakan dengan pendidik berhati mulia, pekerja yang ikhlas bekerja dan pelajar yang bersemangat waja. Oleh itu, jadikanlah sekolah ini kekal gemilang, istiqamah cemerlang dalam pelbagai bidang.

Pada masa yang sama, jadikanlah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebuah Taman Ilmu dan Budi yang terindah di Malaysia. Jadikanlah warganya dari kalangan mereka yang berjasa dan berbudi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

YA ALLAH, YA DZAL JALALI WAL IKRAM, sesungguhnya hari ini hari yang terindah bagi kami semua. Hari ini, kami mengikat hati kami semua kekal cemerlang, gemilang dan terbilang dalam perjuangan ini. Bersempena dengan perhimpunan ini, kami mohon kepadaMu, dengan limpah kurniaMu, kekalkanlah ikatan silaturrahim ini dalam rahmat, keampunan dan kasih sayangMu. Kekalkanlah keazaman yang padu dan semangat yang jitu pada kami semua. Jangan putuskan harapan hati kecil kami. Kurniakanlah apa jua petunjuk dan bantuanMu untuk kekal di atas jalan perjuangan ini.

YA ALLAH, YA DZAL FADHLI WAL IHSAN, kami memohon kepadaMu; kekalkan Malaysia dalam restuMu. Lindungilah tanah air ini daripada bala bencana dan mara bahaya. Kurniakanlah kami kesejahteraan, kemakmuran dan kedaulatan berterusan. Semoga dengan kurniaanMu, Malaysia kekal teguh dan utuh di astaka dunia; maju, sejahtera dan bahagia serata-rata.

YA ALLAH, YA AKRAM AL-AKRAMIN, dengan penuh khusyuk dan tawaduk, kami menadah tangan dan meminta agar Kau kurniakan kesihatan dan kesejahteraan ke atas kami semua di negeri ini, khususnya kepada hambaMu, Raja Pemerintah kami, Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah al-Maghfur Lah; dan ke atas adinda baginda, Tuanku Zara Salim. Lanjutkan usia baginda berdua; kekal qarar di atas takhta kerajaan; memerintah Perak Darul Ridzuan serata-rata.

YA ALLAH, YA GHAFUR, YA SYAKUR, ampunkanlah dosa dan noda kami semua. Jangan jadikan dosa-dosa dan noda-noda ini penghalang menuju syurgaMu. Bantulah kami untuk memperbaiki diri kami di masa mendatang; kelak dapatlah kami mengecap redhaMu, YA ARHAMAR RAHIMIN.

AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN
Pengerusi, Jawatankuasa Perwakilan
Kolej as-Siddiq, Kampus Gombak
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Majlis Penutupan Bengkel Debat Bahasa Arab SMKA Kerian
Ahad, 13 September 2015
Dewan Besar, SMKA Kerian, Simpang Empat Semanggol, Perak

Comments