Wahai Ramadhan

Saat kau kembali membawa khabar gembira
senyumlah, wahai Ramadhan
saat kau bertemu mereka yang kangen

Kau datang bersama hidupnya rumah-rumahNya
cahayanya berwarna-warni dengan mahrajan
gema gempita puji dan pinta

Kau datang bersama belas ihsan
khusus buat mereka yang istimewa
yang entahlah apa lagi erti mereka di sini

Kau datang bersama limpah kurniaNya
keampunan, keredhaan
impian setiap yang tak punya apa

Kau datang bersama kasih sayangNya
ganjaran berkali lipat
siapakan mampu menghitungnya?

Kau datang bersama seribu bulan
terkumpul satu malam
buat kami yang semuanya seketika

Saat kau kembali menurut masa
menangislah, wahai Ramadhan
saat kau pergi, kau tetap dinanti setahun lagi.

Kolej Zubair al-Awwam, UIAM, Gombak, Selangor
Sabtu, 11 Julai 2015, jam 1.00 pagi.

Comments