Ucapan sempena Aidilfitri 1436


Jangan ucapkan selamat jalan kepada Ramadhan. Tetapi, ucapkanlah sampai berjumpa lagi, dan berdoalah agar Ramadhan kembali lagi bersama kita di tahun-tahun hadapan.

Kepada seisi keluarga, sanak saudara, para pendidik, sahabat handai serta semua yang mengenali, mensahabati dan menyayangi diri ini di serata negara mahupun di segenap penjuru dunia: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Taqabbal Allahu minna wa minkum.

Let us embrace the pride and gratitude in our heart. Bersama kita merafak rasa puji dan syukur ke hadrat Ilahi; mendakap rasa gembira dan sukacita dalam diri saat meraikan Lebaran yang murni.
Raikanlah Aidilfitri sebagai satu keluarga dan komuniti yang berkongsi sehati dan sejiwa.

Hidupkanlah semangat perpaduan dalam kepelbagaian serata. Semarakkanlah jiwa persaudaraan dan persahabatan merentas pelbagai jurang beza. Kongsilah rasa kasih sayang dalam suasana aman dan sentosa, mudah-mudahan keluarga dan komuniti kita direstui Yang Maha Kurnia.

Jangan pula lupakan mereka yang telah mendahului kita, yang telah pulang terlebih dahulu ke pangkuan Pencipta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua dan menempatkan mereka di SyurgaNya. Kepada yang kehilangan, kita berkongsi rasa dukacita, ingatan dan doa bersama mereka.

Terima kasih, semua, kerana sudi mengenali, mensahabati dan berkongsi cita dan cinta dengan diri ini. Semoga Allah merestui kita semua dengan rahmat, keampunan dan kasih sayangNya.

Comments