Hadir Ramadhan


Hadirmu, ya Ramadhan, cukup bererti buat kami semua; lagikan mereka yang mendambakan kasih Penciptamu yang luar biasa; lagikan pula mereka yang cukup merinduimu saat di kejauhan. Dengan kudrat yang ada, berbekalkan azam yang setia, kami sedaya mungkin meriahkan hadirmu; tak setakat amal ibadah, bahkan khidmat bakti. Berat hati kami melambaimu, mengucapkan selamat jalan, kerana pinta kami; semoga dipanjangkan usia zaman kami untuk bertemu lagi di tahun menanti; dan semoga Pemilikmu menerima segala amal ibadah dan khidmat bakti kami kepada agama, bangsa dan negara; mengampunkan segala dosa dan noda kami; meredhai kami sampai akhir nanti; dan menerima kami di SyurgaNya yang suci abadi.

Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Khamis, 16 Julai 2015, jam 12.25 tengah malam

Comments