Posts

Showing posts from July, 2015

Erti Syawal bagi Yang Jauh

Image
Saat berlalunya Ramadhan, bulan untuk menggandakan amal ibadah dan khidmat bakti, tibalah masa bagi umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab Takbir Aidilfitri hanya dilaungkan selama sehari semalam, maka Hari Raya Aidilfitri hanyalah pada 1 Syawal; selebihnya hanyalah sambutan meraikan bulan Syawal. Seperti yang lain, keluarga menjadi golongan pertama, tempat kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih, Ilahi, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk bersama keluarga menyambut Hari Lebaran bersama-sama di kampung halaman. Walaupun saat itu cuma seketika, kehadiran mereka pada Hari Lebaran amat bermakna bagi saya; lebih-lebih lagi, apabila mereka datang lebih seribu batu jauhnya, meninggalkan tanah air, hanya untuk kembali ke kampung halaman. Bagi mereka yang hilang minda dan jiwanya, mereka tidak menghargainya; menghiraukannya apatah lagi.

Hari Raya Aidilfitri saya di kampung halaman sungguh meriah; apatah lagi di rumah sendiri. Di mana-mana pun Hari Raya A…

Ucapan sempena Aidilfitri 1436

Image
Jangan ucapkan selamat jalan kepada Ramadhan. Tetapi, ucapkanlah sampai berjumpa lagi, dan berdoalah agar Ramadhan kembali lagi bersama kita di tahun-tahun hadapan.

Hadir Ramadhan

Image
Hadirmu, ya Ramadhan, cukup bererti buat kami semua; lagikan mereka yang mendambakan kasih Penciptamu yang luar biasa; lagikan pula mereka yang cukup merinduimu saat di kejauhan. Dengan kudrat yang ada, berbekalkan azam yang setia, kami sedaya mungkin meriahkan hadirmu; tak setakat amal ibadah, bahkan khidmat bakti. Berat hati kami melambaimu, mengucapkan selamat jalan, kerana pinta kami; semoga dipanjangkan usia zaman kami untuk bertemu lagi di tahun menanti; dan semoga Pemilikmu menerima segala amal ibadah dan khidmat bakti kami kepada agama, bangsa dan negara; mengampunkan segala dosa dan noda kami; meredhai kami sampai akhir nanti; dan menerima kami di SyurgaNya yang suci abadi.

Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Khamis, 16 Julai 2015, jam 12.25 tengah malam

Wahai Ramadhan

Saat kau kembali membawa khabar gembira
senyumlah, wahai Ramadhan
saat kau bertemu mereka yang kangen

Kau datang bersama hidupnya rumah-rumahNya
cahayanya berwarna-warni dengan mahrajan
gema gempita puji dan pinta

Kau datang bersama belas ihsan
khusus buat mereka yang istimewa
yang entahlah apa lagi erti mereka di sini

Mencari Tapak Jejak

Tapak jejak itu sudah tiada kelihatan
saat sang perindu masih mencari-cari
perginya bersama hari-hari berganti
terbangnya bersama sayap merpati
menghala ke tanah rantau
setianya bersama harapan
kelak pulangnya bersama kesuksesan