Posts

Showing posts from March, 2015

Menjana Bitara, Menjaya Masa Muka

Image
(Memperingati Jubli Perak Ikatan Penulis Sabah)


Saya di Persada

Ikatan Penulis Sabah (IPS) mendahului saya lebih kurang 4 tahun lamanya. Walaupun rata-rata penggerak dan ahlinya adalah dari mereka yang lanjut usia, IPS, secara peribadinya, sudah memasuki zaman peraknya, meski usianya masih remaja.

Sebahagian daripada mereka yang berumur perak ini, di saat ini, sudah memegang ijazah sarjana mahupun kedoktoran dengan jayanya. Adapun sebahagian daripada mereka sudah berkeluarga, dikurniakan anak dua tiga. Adapun sebahagian daripada mereka sudah diberi taklifan besar untuk menjadi ketua.

Dalam tempoh 25 tahun IPS berdiri, saya telah didahului oleh tokoh-tokoh yang sungguh bitara. Nama-nama mereka harum di astaka negara dan dunia, dikenang pada hari ini sehingga ke masa muka. Karya-karya mereka dibukukan dan dipustakakan untuk kenangan dan renungan generasi masa hadapan.

Pada masa yang sama, kita semua telah didahului oleh mereka yang sungguh ternama. Mereka mendapat nama bukan kerana ing…

Kau dan Kita

Kau berdiri megah di tengah-tengah lembah
di lereng banjaran tersergam indah
berani seperti namanya yang dianugerah

Kau selama ini telah bangkit perkasa
bertempur melawan onak dan duri bersenjata
azam dan semangat juang yang tiada hentinya

Kau sesungguhnya tidak bersendiri
kerana meski kau di jauh mahupun di sisi
jiwa dan raga tetap satu, di sini

Di mana-mana dan pada bila-bila pun
kitalah teman setia walau apa-apa pun
yang menurut jalan lurus tersusun