Posts

Showing posts from February, 2015

Menghulur

Menghulur tangan dengan mulusnya tulus
menghulur tidak sekadar menghulur semata
menghulur bukan jua bersama merdu suara dan kata
menghulur tidak setakat mendakap rapat mesra
menghulur, tetapi, bersama daya tenaga dan jasa
menghulur, begitu jua, bersama tulusnya hati mengasihi
menghulur, menadah, mengangkat bersama diri ke hadrat Ilahi.

Kolej as-Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Rabu, 25 Februari 2015, jam 2.15 pagi.

Kembali Semula di Tempat yang Berbeza

Image
Saya sedikitpun tidak bermimpi untuk duduk setinggi ini pada waktu sebegini. Saya juga tidak menyangka akan menduduki kerusi setinggi ini pada waktu sebegini.

Sepertinya, kerusi itu membawa penghormatan kepada seseorang yang menerimanya atas jasanya yang kebelakangan. Namun, harus diingatkan bahawa tidak wujud lambang kemuliaan pada tanggungjawab.

Maka, wajarlah seharusnya ucapan tahniah dan takziah ditujukan daripada seseorang kepada seseorang yang dipilih untuk menjadi pemimpin. Tahniah kerana dipilih menjadi kepala sesuatu lingkungan tanggungjawab. Takziah pula kerana kesibukan yang akan menanti.

Pun begitu, saya memilih untuk mengucapkan selamat kepada mereka yang dipilih menjadi penanggungjawab di sesebuah lingkungan, selain ucapan tahniah. Tahniah kerana berhasil menerima peranan tersebut, dan selamat meneruskan tanggungjawab dengan harapan agar segalanya dipermudahkan.

Pada 2 Februari 2015, saya mengambilalih teraju utama residen Kolej Kediaman (Mahallah) as-Siddiq, Kampus Gom…

Kota Kinabalu yang Bertuah

Image
Menjadi sebahagian daripada warga Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah merupakan suatu kebanggaan bagi saya. Saya dilahirkan di Kota Kinabalu pada tahun 1994. Saya juga berasal dari Kota Kinabalu, pernah dibesarkan seketika di sana sebelum menetap di Tuaran, 34 kilometer di utaranya. Lebih daripada itu, saya habiskan sepenuh masa pendidikan menengah saya di daerah Kota Kinabalu, lantas menjadi Rakan Bandarayanya juga untuk seketika. Akan tetapi, bukanlah itu semua alasannya.

Alasannya mudah, kerana selama ini, Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali dengan bermacam-macam nama – Jesselton, Api-Api dan Deasoka, berjaya mengecapi segala-galanya yang diimpikan. Kedudukannya yang strategik, terletak di pantai barat Sabah, menghadap Laut China Selatan, menjadikan bandaraya tersebut mempunyai pelbagai tarikan untuk dimanfaatkan, terutamanya dalam bidang pelancongan, perikanan dan perindustrian.