Wednesday, 28 January 2015

Kota Kinabalu, Kekallah Perkasa

(Memperingati ulangtahun ke-15 Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Februari 2015)

Bandaraya rimba tropika
di bumi bertuah yang merdeka
Menyatu segala kudrat dan tenaga
Mendaki mercu cita jaya
Kota Kinabalu, kekallah perkasa
dijulang negara dan dunia.

Berteman sayup bayu dan langit biru
Sinar menerang angkasaraya
Berkilau laut biru, menyerlah alam hijau
lambang keindahan bandaraya
Kota Kinabalu, kekallah perkasa
menjadi kebanggaan warganya.

Mewarisi nilai kebudayaan
meraikan kepelbagaian
Ekonomi sumber pembangunan
memacu kecemerlangan
Kota Kinabalu, kekallah perkasa
ibu kota Sabah, di Malaysia.

Jalan Marabahai Spur, Tuaran, Sabah
Rabu, 28 Januari 2015, jam 4.38 petang

0 comments:

Post a Comment