Posts

Showing posts from January, 2015

Bahasa Arab: Memanfaatkan Warga Tempatan yang Mahir, Meraikan Peranan Penutur Jati

Saya mengambil maklum cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengambil 64 orang guru penutur jati bahasa Arab pada 2016 untuk meningkatkan pencapaian pelajar (BERNAMA, 28 Januari 2015). Secara kasarnya, usaha ini akan memberikan manfaat kepada negara. Hal ini demikian kerana, usaha ini akan memberikan nilai tambah kepada negara dalam pelbagai bidang.

Usaha ini bertepatan dengan Anjakan ke-2, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, untuk memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dan digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. Bahasa Arab, bagi Malaysia, adalah termasuk dalam kategori bahasa tambahan.

Apa tidaknya, bahasa jiwa bangsa. Sesuatu bahasa amat dekat dengan jiwa bangsa berkaitan. Oleh sebab itu, penutur jati sesuatu bahasa mempunyai kelayakan yang fleksibel untuk melatih dan mengajar seseorang mahupun sekumpulan untuk menguasai sesuatu bahasa. Begitu jugalah seseorang yang mempunyai kemahiran dan kefasihan setandi…

Kota Kinabalu, Kekallah Perkasa

(Memperingati ulangtahun ke-15 Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Februari 2015)

Bandaraya rimba tropika
di bumi bertuah yang merdeka
Menyatu segala kudrat dan tenaga
Mendaki mercu cita jaya
Kota Kinabalu, kekallah perkasa
dijulang negara dan dunia.

Bertuah Sesungguhnya

(buat warga yang dididik)

Kelak di sepanjang jalan akan terjumpa betapa diri sungguh bertuah, sesungguhnya menjadi sebahagian daripada komunitasnya dari kalangan pelbagai rupa dan warna yang merentas arus deras ombak bergelora yang terbang di awan biru berteman cahaya cerah di bawahnya bumi yang berbunga-bunga haruman makrifat dan fadhilat yang dicintai serata-rata bermanfaat buat semua sepanjang masa.
Jalan Marabahai Spur, Tuaran, Sabah Selasa, 27 Januari 2015, jam 1.20 pagi.

Mengamati Perencanaan dan Pengaturcaraan

Mengamati Perencanaan

2015 kita mulakan dengan melafazkan segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT. Dengan izin dan rahmatNya, kita masih dapat menghela nafas segar dunia; meneruskan kehidupan seperti biasa berpandukan pernyataan arah yang sedia ada. Kita adalah dari kalangan yang terpilih; yang masih diberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk menuliskan lembaran zaman kita dengan penuh warna-warni.

Sesungguhnya 2015 mempunyai rencana dan aturcaranya yang tersendiri, yang mencakupi pelbagai halatuju pelbagai jangka dan pelbagai skala, yang kelak akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak di pelbagai peringkat. Dalam pada itu, kita harus ingat; sudah menjadi resam zaman, “Mereka (manusia) merancang. Pada masa yang sama, Allah juga merancang; dan Dialah, (sesungguhnya,) Sebaik-baik Perancang.” (Al-Quran, 3:56)