Kasihilah yang Mengasihimu

Kasihilah yang mengasihimu
biarpun kasih itu tiadalah abadi
kelak ditemukan bahagia
selama memijak tanah dunia.

Kasihilah yang mengasihimu
kasih Pencipta selamanya abadi
Dialah punca bahagia
merai cinta, memperingati kasihNya.

Kasihilah yang mengasihimu
tiada perlu berkira lagi
dia punya sudi sesungguhnya
yang Maha Pengasih apatah pula.

Kasihilah yang mengasihimu
yang selama ini menyatu hati
dialah penyayangmu sesungguhnya
pengasih yang bersandar di sisiNya.

Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Ahad, 7 Disember 2014, jam 4.17 petang

Comments