Posts

Showing posts from December, 2014

Melambai Tangan untuk 2014

Image
Saya mengerti. Bukan saatnya untuk saya menulis dengan rupa sebegini. Saat ini, di Taman Ilmu dan Budi, ramai yang sedang bertarung menggunakan mata pena, beradu tenaga di medan berkala.

Tetapi, tidak mengapa. Saat ini, saya masih diberi peluang untuk menurunkan tulisan saya dengan rupa ini.

Tahun 2014 Miladi, juga 1435 Hijri, bagi saya, amat memilukan. Begitu juga dengan kalian.

Benar. Hampir pada pertengahan tahun, nenda – ayahanda bonda – sudah tiba saatnya untuk pulang setelah hampir 85 tahun bersama. Semoga Allah mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas nenda tercinta.

Buat setiap insan yang telah mendahului kita semua, semoga rahmat dan maghfirah Allah kekal memayungi mereka selama-lamanya.

Kita akan menyusul.

Jauh daripada itu, ramai lagi yang lebih menderita.

Hujan turun mencurah-curah, melimpah-ruah membanjiri sebahagian besar tanah air. Kasihan mereka yang terkena, lebih-lebih lagi jauh di timur sana. Pedalaman bawah negeri sendiri turut tidak terlepas terkena. Sama jugalah …

Ke Arah Masyarakat Keguruan Berteraskan Keperibadian al-Murabbi al-Amin

Masyarakat pada hari ini terlalu mengagungkan institusi pendidikan mengatasi kedudukan para pendidik. Begitulah ucapan Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Dato' Dr. Siddiq Fadzil, ketika memperkatakan Konsep Murabbi dalam Islam pada Seminar Pendidikan Kebangsaan 2014 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM). Walaupun pahit, begitulah hakikat yang seharusnya kita terima.

Seminar sehari tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (BEDSA) IIUM dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Seminar tersebut, secara ringkasnya, berjaya menampilkan insan-insan yang bersemangat waja dalam bidang pendidikan, seperti Dr. Rosemaliza Mohd. Kamaluddeen, Sdr. Muhammad Fazril Mohd. Saleh, Sdr. Muhammad Nazri Rijal dan ramai lagi, untuk membentangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan pada masa kini dan cara untuk menanganinya.

IIUM Munazarah: Mencitrakan Budaya

Image
Saya masih ingat lagi; pada hari kedua saya menjadi pelajar baru ijazah dasar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (4 Februari), saya diberi amanah oleh Kelab Debat dan Pengucapan Awam Bahasa Arab UIAM (IIUM Munazarah) untuk menjadi Ketua Penerangan. Dalam kebanyakan organisasi, Ketua Penerangan adalah antara jawatan yang terkanan dan terpenting. Kadangkala, Ketua Penerangan diletakkan di bawah sekali dalam hireraki jawatankuasa tertinggi. Benarlah, bukan mudah untuk menjalankan tugas seperti ini, lagi-lagi bagi saya yang 'masih terlalu hijau' di UIAM Gombak.

Pada kebiasaan, yang ditugaskan untuk menjadi Ketua Penerangan dalam mana-mana organisasi bukanlah orang yang calang-calang. Hanya mereka yang mempunyai rekod cemerlang dan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang tadbirurus, hubungan diplomatik serta komunikasi dan multimedia benar-benar layak untuk menyandang jawatan berkenaan. Hal ini demikian kerana, tugas utama Ketua Peneran…

Andai Saya Menciummu, Sahabat...

Telah diterbitkan pada 12 Februari 2012 sebagai "Mencium Sahabat" dan diterbitkan semula dengan perubahan.
Sahaja saya menuliskan perkara ini untuk memberi penerangan kepada semua mengenai amalan seseorang mencium seseorang yang lain. Ada dalam kalangan masyarakat di sesetengah kawasan yang mengamalkan perkara ini bergantung kepada keadaannya, terutamanya di Timur Tengah.

Kasihilah yang Mengasihimu

Kasihilah yang mengasihimu
biarpun kasih itu tiadalah abadi
kelak ditemukan bahagia
selama memijak tanah dunia.

Kasihilah yang mengasihimu
kasih Pencipta selamanya abadi
Dialah punca bahagia
merai cinta, memperingati kasihNya.