Monday, 10 November 2014

Ucapan Selamat Tinggalmu

Semoga ucapan selamat tinggalmu
tidak membawa kegusaran
kau dan kami

Kerana suaranya melankolik duka
saatnya kau harus pergi
dalam nada yang sungguh tidak pasti

Mengucapkan selamat jalan
bukan semudah yang disangka
Pergi belum tentu punya pengganti

Mudah-mudahan kau kembali lagi
kerana masih banyak yang menghendaki
fail-fail urusan masih perlu pengertian

Seperti yang kau harapkan
moga kau berkesempatan lagi
bersama urusan yang melatari hari-hari

Andai kau terus pergi
moga redha menemani
kau di sana dan kami di sini.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Ahad, 9 November 2014, jam 2.02 pagi.

0 comments:

Post a Comment