Posts

Showing posts from November, 2014

PRK UIAM 2014: Selamat Buat Majlis Tercinta

Saya beruntung kerana menjadi sebahagian daripada warga Taman Ilmu dan Budi sejak Jun 2012. Jikalau saya katakan saya orang baru, sudah ada yang menyusul di situ selepas saya. Sebaliknya, andaikan saya kata saya orang lama, ramai pulalah yang sudah mendahului sebelum saya. Maka, pada hemat saya, saya adalah dari kalangan kedua-dua golongan tersebut. Saya sudah disusuli di depan dan akan menyusul di belakang. Begitu juga yang lain. Benarlah, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2014 bermula dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) pada 5 November, diikuti dengan perisytiharan PRK pada 7 November dan penamaan calon pada 15 November; dan diakhiri dengan pengundian pada 20 November dan pengumuman keputusan pada hari yang sama. Selesainya PRK, maka lengkaplah senarai 23 ahli SRC Kampus Gombak dan 13 ahli SRC Kampus Kuantan yang terpilih dari kalangan 60 orang yang dicalonkan d…

Memperkenalkan Solihin

Image
Sdr. Mohd. Solihin Che Rozali, anak jati Baling, Kedah, bukanlah yang baru dan asing bagi sebahagian daripada kita, termasuk diri saya sendiri. Bagi yang berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP/SRC) 2013/2014, beliau adalah Pengerusi, Jawatankuasa Penganjur (Programme Manager) Mesyuarat.

Bagi yang belum dan mahu mengenali sahabat saya yang senior ini, izinkanlah saya untuk memperkenalkan diri ini kepada beliau. Orang selalu kata, “Tak kenal maka tak cinta.” Saya mahu ubah sikit, “Tak kenal maka Taaruf.” Beliau senior saya dalam Kulliyyah Pendidikan (KOED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM), dengan beza satu semester.

Pilihanraya Kampus UIAM 2014: Bermula

Ramai yang bertanya kepada saya, “Tidak bertanding SRC?” Jawapan saya mudah. “Nanti dululah. Simpan dulu (hasrat itu).” Saya rasa tiada masalah bagi saya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Walaupun begitu, setelah menimbang beberapa perkara berkaitan, sekali lagi, saya nyatakan dengan mudah, “Nanti dululah.” Kemudianlah saya memerhatikannya semula suatu hari nanti, tapi bukan pada saat ini.

PRK UIAM, belum pun sampai pada hari mengundi (20 November) punya ceritanya yang tersendiri. Masing-masing ada ceritanya; terpulanglah untuk menyampaikannya dengan caranya. Masing-masing mahu menjadi cakna akan isu universiti sendiri. Itu sudah lebih daripada bagus. Bagi saya, itulah antara manifestasi rasa cinta kita kepada universiti.

Debat Maal Hijrah 1436: Lembaran Baru dalam Sejarah Debat Bahasa Arab di Malaysia

Image
Saya mulakan dengan memohon berbanyak keampunan daripada Allah SWT, dan kemaafan daripada semua atas segala kesalahan dan kelemahan selama ini. Saya tidak lain dan tidak bukan hanyalah insan biasa, seperti kalian, yang diciptakan dengan kelemahan, walaupun diciptakan dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Walaupun begitu, saya kekal dengan azam saya – mudah-mudahan Allah permudahkannya – untuk senantiasa memperbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa.

Kedua, saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua atas kepercayaan dan pengertian yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya Kejohanan Debat Bahasa Arab antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sempena Maal Hijrah 1436 (Debat Maal Hijrah 1436), pada 31 Oktober hingga 3 November 2014 di UIAM, Gombak, Selangor. Tanpa kepercayaan dan pengertian, tidak mungkin Debat Maal Hijrah 1436 menjadi kenyataan.

Ketiga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua 71 pendebat daripada 18 pasukan yang mewakili 11 I…

Ucapan Selamat Tinggalmu

Semoga ucapan selamat tinggalmu
tidak membawa kegusaran
kau dan kami

Kerana suaranya melankolik duka
saatnya kau harus pergi
dalam nada yang sungguh tidak pasti

1436 Hijrah: Memperingati Hijrah, Memaknakan Perpaduan

Masih belum terlewat lagi untuk memperingati Tahun Baru 1436 Hijrah. Tiadalah pula istilah terlewat jika ingin pula memperingati Hijrah itu sendiri. Barangsiapa yang berkata bahawa Hijrah hanya harus diperingati pada awal tahun Hijrah ataupun setakat pada bulan Muharram semata-mata, kenyataan ini tidak harus diterima. Mesej Hijrah, walaupun bersifat lebih semasa dan terkini pada bulan Muharram setiap tahun Hijrah, mesej itu tetap bersifat relevan sepanjang zaman, sama seperti nilai-nilai murni yang lain.