Hadir Dirimu

Hadir dirimu bukanlah yang baru di bayangan
kerana terdahulu sudah tercerita
walaupun hanya sekadar ikhtisar semata

Hadir dirimu tanpa sedikitpun mengimpikan
kerana dulu kau kejauhan sana
melihat jam randik belum tiba saatnya.

Hadir dirimu menyalakan cahaya kecitaan
Yang dulu diimpi tertemu di alam nyata
RestuNya akhirnya menyatukan kita.

Hadir dirimu mewarna hati penantian
Cita dan cinta kita di sini menyatukan kita
walau kelak terpisah jua kerna cita dan cinta

Hadir dirimu lebih dari kebiasaan
wujudmu seketika seolah sudah bersama lama
mogakan kasih sayangNya kekal selama-lama bersama kita.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Rabu, 1 Oktober 2014, jam 1.04 pagi.

Comments