Posts

Showing posts from October, 2014

Aidiladha: Bukan Dirimu yang Salah

Image
Sudah menjadi kebiasaan; asal tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, bahkan perayaan lain sekalipun, hampir semua dari kalangan kita akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Yang kekal hanyalah segelintir – penjawat awam dan pekerja swasta yang punya tanggungjawab meneruskan amanahnya, dan warga asing.

Sepatutnya, saya menulis mengenai perkara ini pada 14 Zulhijjah Namun, sengaja saya menulis lebih awal daripada yang sepatutnya (13 Zulhijjah, malam) kerana 13 Zulhijjah bagi saya sudah tiada apa-apa lagi. Tiada apa-apa lagi yang tersisa di sini melainkan erti pengorbanan.

Zulhijjah: Berkorban Demi Cinta

Zulhijjah

Bulan Zulhijjah setiap tahun Hijrah dengan ibadah haji tidak dapat dipisahkan sama sekali. Maklumlah, nama bulan Zulhijjah itu sendiri memberi isyarat bahawa bulan tersebut dikhaskan untuk ibadah haji sahaja. Tiada bulan lain dikhaskan untuk haji melainkan bulan Zulhijjah.

Jikalau bulan Zulhijjah dengan ibadah haji tidak dapat dipisahkan, bulan Zulhijjah dengan pengorbanan apatah lagi. Pengorbanan yang cukup menduga pada zaman dahulukala menjadi pengajaran di masa kini hingga ke saat akhirnya. Begitulah pengabadiannya sehingga wujudnya sambutan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Berkorban Demi Cinta

Mengertilah, betapa pengorbanan cukup berat sifatnya. Tidak semua orang mampu menanggung beban pengorbanan. Seberat mana pun pengorbanan, kita perlu menerima. Yang boleh meringankan sedikit berat pengorbanan itu hanyalah iman yang teguh lagikan utuh. Lebih daripada itu, pengorbanan hendaklah disertai dengan rasa cinta yang mendalam. Tanpa cinta, pengorbanan seakan menjadi sia-…

Hadir Dirimu

Hadir dirimu bukanlah yang baru di bayangan
kerana terdahulu sudah tercerita
walaupun hanya sekadar ikhtisar semata

Hadir dirimu tanpa sedikitpun mengimpikan
kerana dulu kau kejauhan sana
melihat jam randik belum tiba saatnya.

Hadir dirimu menyalakan cahaya kecitaan
Yang dulu diimpi tertemu di alam nyata
RestuNya akhirnya menyatukan kita.