Signifikan 31 Ogos dan 16 September
Terima kasih, Allah, atas rahmat dan kasih sayangMu kepada kami semua. 16 September, seperti yang diketahui umum, merupakan Hari Malaysia, hari yang menyatukan 11 buah negeri di Tanah Melayu (termasuk Singapura, ketika itu, sehingga 9 Ogos 1965) dan 2 buah negeri di Borneo menjadi sebuah persekutuan yang berdaulat dan merdeka; diiktiraf di mata dunia. Oleh sebab itu, 16 September, mengikut tradisi negara, merupakan hari akhir Sambutan Bulan Kemerdekaan, yang berlangsung sejak 17 Ogos setiap tahun; yang kemudiannya diikuti pula dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Sebagai memperingati Ulangtahun ke-57 Kemerdekaan Malaysia dan Ulangtahun ke-51 Penubuhan Malaysia, Jemaah Menteri memutuskan bahawa “Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” sebagai tema. Saya tidak perlu jelaskan lagi maksud tema tersebut memandangkan saya telah menjelaskannya beberapa kali, kebelakangan ini, bersempena memperingati dua peristiwa tersebut yang menjadi batu asas…