Seolah-olah Kita Sudah Berakhir

Seolah-olah kita sudah berakhir di sini
masih adakah lagi langkah itu nanti?

Meski tapak berbeza
melangkah, menapak sikit pun tak serupa
meniti jalan yang sungguh tiada padannya
kita masih menurut hala yang sama

Selagi belum sudah jalanan itu
meski kau harus berhenti sekejap di tepi
teruskanlah langkahmu itu
sampai kau nampak penghujung yang kau nanti

Sepertinya kita hanya sampai di sini
mengapa, sedang yang dicita bukan di sini?

Mari menyambut tangan
terus meniti ke arah kebitaraan
meski kalian kejauhan di sana
cukuplah minda dan jiwa bergandingan
cukuplah ingatan dan doa berdakapan.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Isnin, 25 Ogos 2014, jam 6.31 petang

Comments