Aku Harap Kau Mengerti

(Salam dari perantau buat penduduk tanah air)

Aku harap kau mengerti
betapa, selama ini, perantau
sudah tidak bertempat di tanah air sendiri
apabila si dia menjadi itik yang pulang petang,
biarpun dia harus kembali semula ke hilir setelah tiba pagi.

Aku harap kau mengerti
kembara seorang perantau
bukan bermakna dia sudah hilang setia
pada bumi bertuah yang selama ini dia cintai
kerana dia mengerti di situlah segalanya yang dia kenangi.

Aku harap kau mengerti
selama mana dia merantau
selama itulah namanya selaku penduduk situ harum
mekar nama kampungnya merantau mengharum seluruh bumi
walaupun dia seperti tiada peluang untuk kembali lagi ke situ, ibu pertiwi.

Aku harap kau mengerti
selama mana dia merantau
selama itulah dia mungkin akan dilupai
kerana dia sudah tiada apa-apa di situ, membawa diri
Tanpa dia meminta apa-apa, dia lebih baik membawa diri.

Aku harap kau mengerti
memang salahnya andai tak kembali
tetapi, salahmu jua yang mengakibatkan itu nanti
kerana selama dia berpulang, dia tidak pernah dinanti
walhal selama itu dia cuba membawa sesuatu untuk tanahnya yang dirindui.

Bangunan IRK, UIAM, Gombak, Selangor
Selasa, 12 Ogos 2014, jam 12.30 tengah malam.

Comments