Posts

Showing posts from August, 2014

Memaknakan "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Image
Menilai Suara yang Terbuka

Pertama kali Datuk Sudirman Arshad – semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya – memperdengarkan frasa “di sini lahirnya sebuah cinta” pada tahun 1982 menerusi lagu 'Warisan'. 32 tahun kemudian, bagi memperingati ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia, frasa yang sama diolah semula oleh Ahmad Fedtri Yahya untuk disesuaikan dengan keperluan sosial masa kini. Kata George Santayana, “Barangsiapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti dia akan mengulanginya.” Jikalau dibandingkan, kedua-dua karya sudah memberi tumpuan khusus kepada negara. Maksud saya, rasa sayang akan tanah airnya.

Pun begitu, biarlah frasa “di sini lahirnya sebuah cinta” mempunyai makna yang dibawa oleh suara yang terbuka dan merdeka, Alasan pertama, dari sudut tempat bermulanya cinta. Saya tidak nafikan sedikitpun, “di sini” itu maksudnya tanah air kita. Namun, belum tentu cinta itu terlahir “di sini”. Kadang-kadang cinta itu lahir selain “di sini”. Alasan kedua, dari sudut cinta itu sen…

Debat Musleh 2014: Menyatukan Kita

Image
Selesai Tugas

Sepatutnya, malam tadi (25 Ogos), saya menduduki kerusi Tuan Yang DiPertua bagi sidang peringkat akhir debat bahasa Arab sempena Kejohanan Debat antara Sekolah-sekolah Antarabangsa Musleh (Musleh Debate) 2014 atas permintaan penganjur sendiri. Saya menghargai permintaan tersebut. Namun, atas arahan Pengerusi Jemaah Hakim, Sdr. Naim Hank mengambil tempat menggantikan saya, sekaligus membolehkan saya 'mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir' sebagai hakim pertandingan dan berundur terus daripada pertandingan.

Saya percaya, beliau telah mengemudi sidang tersebut dengan jayanya sehingga sidang tersebut berjalan dengan rancak dan lancar. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat beliau, para hakim, penjaga masa, para pendebat, para petugas dan semua yang terlibat atas kejayaan sidang tersebut. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada pasukan yang menjuarai kategori bahasa Arab dalam Musleh Debate 2014.

Rentetan itu, tugas saya sebagai hakim pertandingan Musleh Debat…

Seolah-olah Kita Sudah Berakhir

Seolah-olah kita sudah berakhir di sini
masih adakah lagi langkah itu nanti?

Meski tapak berbeza
melangkah, menapak sikit pun tak serupa
meniti jalan yang sungguh tiada padannya
kita masih menurut hala yang sama

IIUM IDC 2014: Hari-hari Debat yang Berlalu

Image
Sebagai Diri Sendiri, Sebagai Petugas

Saya mulakan dengan memohon berbanyak keampunan daripada Allah SWT dan berbanyak kemaafan daripada semua atas segala kesalahan dan kelemahan saya selama ini. Saya, seperti kalian semua, manusia biasa, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Pun begitu, saya berazam untuk memperbaiki diri saya sendiri pada waktu yang mendatang.

Saya juga, bagi pihak diri saya dan semua petugas, memohon berbanyak kemaafan atas kekurangan dan kelemahan yang berlaku sepanjang berlangsungnya Kejohanan Debat Antara Sekolah-sekolah (IDC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM) kali ke-12 pada 15-19 Ogos 2014 di UIAM, Gombak, Selangor. Sesungguhnya, kami telah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada semua. Namun, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa “kita hanya merancang, Allah yang menentukan.” Yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk datangnya daripada diri kami sendiri, walaupun, pada dasarnya, kedua-duanya datang daripada Allah S…

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta: Debat Sebagai Manifestasi Rasa Cinta

(Sempena Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12)

Al-Fadhil Ustaz,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saudara dan saudari sekalian,

Selamat datang saya ucapkan ke Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12.

Sempena Hari Kemerdekaan, izinkan saya berbicara mengenai “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.” Saya membicarakan perkara ini sempena memperingati ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Pun begitu, sebelum saya bercakap lebih panjang lagi, izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada warganegara Singapura dan Indonesia sempena sambutan Hari Kebangsaan mereka baru-baru ini.

Aku Harap Kau Mengerti

(Salam dari perantau buat penduduk tanah air)

Aku harap kau mengerti
betapa, selama ini, perantau
sudah tidak bertempat di tanah air sendiri
apabila si dia menjadi itik yang pulang petang,
biarpun dia harus kembali semula ke hilir setelah tiba pagi.

Nasib Seorang Teman

Entah, mengapa dahulu kau yang di sebelah aku
sudah aku tinggalkan bukan dalam pernyataan
tetapi dengan tidak sengaja, dari ingatan.

Ya, kaulah dulu yang selalu bersama
bermain di alam nyata
diingati di alam maya.

Mungkin inilah kesan setelah, selama ini, meneroka dunia
yang penuh dengan diversiti yang melata
yang menemukan aku dengan insan, pelbagai ragam dan hajatnya