Ucapan Ringkas sempena Aidilfitri 1435H


Saya berharap agar kita semua telah memanfaatkan kesempatan yang ada untuk amal ibadah dan khidmat bakti. Ketahuilah, tiada siapa yang dapat mengukur kesempatan yang diberi dan tidak semua disampaikan kepada kesempatan itu buat kali yang berikutnya. Semoga Allah sampaikan kita kepada kesempatan itu lagi. Pesanan buat diri dan semua, andai diberi kesempatan itu lagi, sama-samalah kita menghargainya dan memanfaatkannya nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang menjelang. Semoga Allah menerima amal ibadah dan khidmat bakti kita semua selama ini, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan; dan semoga Allah melimpahkan kegembiraan ke atas kita semua.

Saya dengan rendah hati memohon berbanyak keampunan dan kemaafan zahir dan batin atas salah dan silap selama ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kasih sayang yang saya terima selama ini. Semoga Allah merestui kita semua dengan rahmat, keampunan dan kasih sayangNya...

...dan saya mahu khabarkan bahawa: Saya sudah maafkan kalian semua.

Comments