Belasungkawa: Hj. Ismail Ali

أنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan penuh dukacita, adalah dimaklumkan bahawa

TUAN HJ. ISMAIL ALI

telahpun kembali ke Rahmatullah pada usia 85 tahun
pada pagi hari Isnin, 28 April 2014 bersamaan 27 Rejab 1435
di rumahnya di Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
kerana sakit tua.

Allahyarham telah selamat disemadikan bersebelahan cucundanya di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Acheh, Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
pada petangnya.

Bagi pihak kesemua ahli keluarga Allahyarham,
dipohonkan agar semua yang mengenali Allahyarham
dapat memaafkan segala kesalahannya yang lalu,
dihalalkan segala hutangnya, juga segala yang diterimanya masa lalu,
diterima segala pemberian dan peninggalannya
dan didoakan kesejahteraan untuknya.

Bagi pihak kesemua ahli keluarga Allahyarham,
kami ingin menzahirkan ucapan penghargaan yang setingginya
atas ingatan, doa, sokongan dan bantuan
sepanjang saat duka ini;
khususnya kepada:

Yang Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Walad Kuala Dioh
Mohammad Ariff Sidek
Penghulu Luak Inas

Yang Berhormat Dato' Seri Hasan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan/
Ahli Parlimen Kuala Pilah

Yang Berhormat Dato' Ismail Lasim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan/
Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Senaling

Pengurusan
Masjid Jamek Yamtuan Raden
Kuala Pilah

Pengurusan
Masjid Kariah Kuala Sungai Dua
Kuala Pilah

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kuala Sungai Dua
Kuala Pilah

Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Pilah

dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
ketika saat getir ini.

Semoga Allah membalas jasa kalian dengan rahmat, keampunan dan kasih sayangNya;
dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham
dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Comments