Terima Kasih, Sahabat

(Buat sahabat setia)

Terima kasih, sahabat
seteruk mana pun diriku
tanpa mengira jurang beza
kau masih sudi bersama

Terima kasih, sahabat
seburuk mana pun budiku
tanpa terbeban dengan segala
kau mampu memahamiku sesungguhnya

Terima kasih, sahabat
sejauh mana pun jarakku
diri kau selama ini
sudah menarikku dekat dengan budi pekerti

Terima kasih, sahabat
sehina mana pun hidupku
kau sedayamu tetap
memaafkan segala salah khilafku

Terima kasih, sahabat
sepahit mana pun hakikatku
dengan tangan dan hati terbuka
tanpa diberatkan, kau tetap menerima setia.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Khamis, 3 April 2014, jam 12.57 malam

Comments