Cerita Cinta Seorang Sahabat

(catatan seorang pencinta)

Takdir mempertemukan kita
Sayang memungkin pertemanan
Hati mengizin kebersamaan
Ukhuwwah mengekalkan kita
Harga ikatan terkadang membuah pertembungan

Namun, biarlah
semua itu kerana Yang Maha Mencinta

Berteman
berkenalan
berterusan
sampai ke saat ini
bukan mudah

Kalau bukan keranaNya
apalah erti segalanya
sepertinya tiada.

Bangunan IRK, UIAM, Gombak, Selangor
Khamis, 24 April 2014, jam 4.12 petang.

Comments