Wednesday, 12 March 2014

Pada yang Kehilangan

Kasihanlah pada yang kehilangan
ditinggal tanpa pesan
pergi tak kesampaian
pulang tak pula terizinkan

Sukarnya pada yang kehilangan
yang bukan turut kesedihan
seperti tiada yang tersisa
terus hilang ditelan masa

Sabarlah pada yang kehilangan
itulah penawar jiwa kedukaan
meski mengubatnya sukar sesungguhnya
hanya masa membalut luka

Berdoalah pada yang kehilangan
juga buat yang masih bersama
moga rahmat Allah terus bersama
juga tersiram hujan kemaafan.

Fahamilah pada yang kehilangan
sungguh perit lagi menyakitkan
suatu dugaan yang sesungguhnya
punya ibrah dan iktibarnya.

Pusat Perniagaan, UIAM, Gombak, Selangor
Selasa, 11 Mac 2014, jam 7.08 malam

0 comments:

Post a Comment