Kenyataan Ringkas mengenai Tragedi MH 370

Peristiwa kehilangan pesawat MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal merupakan suatu musibah sesungguhnya buat kita semua. Peristiwa ini berlaku selepas kali terakhir insiden terburuk berlaku pada 4 Disember 1977 melibatkan pesawat MH 653 dari Pulau Pinang ke Singapura, yang mengorbankan kesemua 93 orang penumpang dan 7 orang anak kapal setelah terhempas dekat Tanjung Kupang, Johor.

Bagi saya yang terbang sekurang-kurangnya 4 kali setahun, berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, peristiwa ini cukup menakutkan saya. Namun begitu, saya sedar, betapa hidup dan mati adalah takdir mutlak Allah SWT. Sedarlah firman Allah SWT, betapa manusia tidak akan tahu apa yang akan berlaku esok hari; dan betapa manusia juga tidak akan tahu di manakah dia akan mati.

Buat diri dan semua, sama ada mereka semua masih hidup atau sudah pun dipulangkan ke pangkuan Ilahi, redhalah seadanya. Biarlah peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Di kesempatan ini, andai mereka masih hidup, berdoalah, semoga mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing; dan andai mereka ditakdirkan pergi, berdoalah, mudah-mudahan mereka pergi bersama rahmat dan keampunan Ilahi.

Comments