Saturday, 22 February 2014

Pergilah

(dari sahabat yang dikasihi)

Tataplah wajah suci wahyu Ilahi
bacalah dengan namaNya
hayatilah mukjizatNya tidak bertara

Datanglah ke taman syurga
berlangit sayap malaikat
berpohon buah ilmu dan ibrah

Pergilah bersolo diri
meski untuk seketika
belajar diri sendiri

Pergilah meminta kepadaNya
Dia tetap akan menerima
moga tenang hati sanubari.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Sabtu, 22 Februari 2014, jam 6.02 petang

0 comments:

Post a Comment