Mengertilah

Mengertilah
Barangkali aku yang tidak mengerti
akan dirimu

Mengertilah
Mungkin kau yang sukar memahami
seorang aku

Mengertilah
di kala kau di dalam kebersamaan
juga di saat kau hanya bersendirian

Mengertilah
semoga kau kenal dia sebaiknya
tanpa mengira dia siapa

Mengertilah
nescaya semangat bantu
datang di waktu pengertianmu

Mengertilah
agar kau mudah memaafkannya
sehingga kau maafkan kau seadanya

Mengertilah
takut-takut kau kecewa
impaknya takut merujuk kepadamu jua

Mengertilah
sehingga dia itu selalu di sisimu
walaupun sudah jauh meninggalkanmu

Mengertilah
kelak hikmahnya menjadi tauladan
di detik kepulangannya ke hadrat Tuhan

Mengertilah
kau tetap akan berjaya jua
pada hari cerah minda dan dada

Mengertilah
Tuhan selalu memeriksamu
hatta di relung hati gelisahmu.

Mengertilah
sampai kau sampai hala tuju
menjadi pemenang kerana restu.

Mengertilah
hingga kau bahagia
kerana kefahamanmu jua.

Mengertilah
sehingga kau, dia dan aku setia
sampai langkah memijak syurga.

Perpustakaan, UIAM, Gombak, Selangor
Jumaat, 7 Februari 2014, jam 6.34 petang

Comments