Posts

Showing posts from February, 2014

Pergilah

(dari sahabat yang dikasihi)

Tataplah wajah suci wahyu Ilahi
bacalah dengan namaNya
hayatilah mukjizatNya tidak bertara

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Meski Tanpa Dirimu

Sesekali aku berjalan di persekitaran, meski tanpa dirimu, aku terasa kau mesti berada, kalau bukan di hadapan mata, di bersebelahan. Semua itu setelah berlalu hari itu, yang sesungguhnya penuh dengan teladan dan kenangan. Memang duka bagi seorang aku yang di pelbagai tempat dan ketika sering keseorangan. Tetapi, biarlah; aku yakin dengan sekuat hati, di suatu tempat dan ketika, kita tetap akan dipertemukan jua dengan izin Tuhan; dan biarlah, meski tanpamu, cukuplah budi dan semangatmu menjadi teman pengganti di sepanjang perjalanan. Mogakan.

Kolej Siddiq, UIAM, Gombak, Selangor
Selasa, 18 Februari 2014, jam 12.19 tengah malam.

Mengertilah

Mengertilah
Barangkali aku yang tidak mengerti
akan dirimu

Mengertilah
Mungkin kau yang sukar memahami
seorang aku

Mengertilah
di kala kau di dalam kebersamaan
juga di saat kau hanya bersendirian

Mengertilah
semoga kau kenal dia sebaiknya
tanpa mengira dia siapa

Sahabatku yang Hebat

Apabila, baru ini, dia menduduki kerusi ketua kerajaan, dia terus memindahkan ahli keluarganya di kediaman rasminya; memilih para pendidiknya sebagai para penasihatnya dan melantik para sahabatnya sebagai pegawai-pegawai besar pejabatnya. Yang menulis cerita ini adalah setiausaha sulit kanannya.

Saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Presiden – pentadbir saya – mendapat sokongan pentadbiran yang berterusan. Mana mungkin Presiden bisa bekerja bersendiri. Saya juga akan memastikan bahawa Presiden – yang harus mempunyai seorang setiausaha sulit kanan, sekurang-kurangnya tiga orang setiausaha; belum masuk lagi penjawat awam dari kumpulan profesional, sokongan tahap satu dan dua yang bilangannya boleh tahan banyaknya – dapat menjalankan amanahnya terhadap agama, bangsa dan negara.

Yang menariknya, Presiden itu adalah yang termuda dari kalangan mereka yang pernah duduk kerusi ketua kerajaan negara, sebelum-sebelum ini. Umurnya belum sampai 40 tahun. Ketua negara kurnia perkenannya…