Perpisahan

Selama ini, sahabat, kaulah teman pengganti di pelbagai tempat dan ketika, sesungguhnya.

Beberapa hariku - setulusnya - berharga kerana di sisiku kaulah kawan yang setia.

Sahabat, di garis ini, aku harus merelakan perpisahan sementara juga selama-lama.

Aku sedar; kita, meski di atas jalan yang sama, berada di dua alam yang sesungguhnya berbeza.

Jika aku di sini, kaulah itu di sana.

Di waktu aku menyedarinya, aku masih bermimpi agar kita terus bersama bersama redha Allah Maha Kuasa.

Redhailah perpisahan ini seadanya.

Berdoalah; hingga tangan Allah sekali lagi menyatukan kita.

Aku yakin, di satu sudut redhaNya, kita akan dipersatukan jua kerana mencintaiNya.

Maafkan aku, sahabat; selama ini, hatimu telah ku lukai sebenarnya; sama ada di alam maya juga di alam nyata.

Sesungguhnya budimu dan pekertimu cukup mulia.

Untuknya, aku berterima kasih atas segalanya.

Pohonlah daripadaNya hingga kasih sayang kita - duhai sahabat - kekal hingga dia mengizinkan kita memijak syurga.

Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM, Gombak, Selangor
Khamis, 30 Januari 2014, jam 4.00 petang.

Comments