Mohor Rasul (خاتم الرسالة)

(Arab)

وقد أتانا خاتم الرسالة # بكل ما جاءوا به من حالا
فعم كل الخلق بالدلالة # وأشرقت مناهج الكمال

فكله فضل أتى ورحمة # وكله حكم هدى وحكمة
وهو إمام كل ذي مهمة # وقدوة في سائل الخصال

فما مضى حتى أقام الدين # وصار سهلا واضحا مبينا
فلم تخف أمته فتونا # بل عصموا في الجمع عن ضلال

(Melayu)

Mohor Rasul itu telah mendatangi kita
mengambil iktibar pendahulunya
datang dengan bentuknya

Begitulah
betapa seluruh ciptaan diisi dengan panduan
di waktu telah sampai aturan kesempurnaan

Itu semua namanya
limpah kurnia dan rahmat
juga panduan terarah dan bijaksana

Dialah itu
ketua segala kepentingan
contoh bagi setiap perwatakan

Tak mungkin
dia, utusan Allah, pergi
sehingga terdiri agamanya

Sesungguhnya
agama bawaan Rasul itu
ajarannya sungguh jelas dan nyata

Maka
tiadalah umatnya, pengikutnya
takut akan kesusahan

Bahkan, mereka semua
sebenarnya sudah jauh
sudah kebal dari tertimpa kesesatan.

Adaptasi:
Mohor Rasul, Abdul Rahman Balfaqih

Tuaran, Sabah
Khamis, 9 Januari 2014, jam 12.38 tengah malam.

Comments