Bintang Syurga

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak

Aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki
itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezeki Ilahi

Kejayaan
kebahagiaan
bintang syuhada dirindukan

Datang, datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

PAHROL MOHD. JUOI
2013

Comments