Posts

Showing posts from December, 2013

2013: Ku Pergi, Kau Kembali

Selamat kembali ke Muara Pencipta, 2013, kerana sesungguhnya Penciptamu hanya membebaskanmu hanya hingga esok hari setelah kau bebas di bumiNya selama yang Dia kehendaki – 365 hari.

1434, sebelum ini, sudah mendahuluimu jua sudah sekitar puluhan hari, juga setelah penciptanya membebaskannya untuk lebih kurang 360 hari.

Adat waktu, masa itu emas. Masa itu pedang; jikalau kita tidak memotongnya, nescaya dia akan memotong kita. Begitulah, masa itu hanya datang sekali dan tak mungkin akan kembali.

Lihatlah, betapa ruginya diriku, dirimu dan dirinya; mereka semua; kita semua. Kenapa Allah berfirman sebegitu rupa? Kita tak mampu manfaatkan kesemua masa dengan sebaiknya.

Maafkan kami, ya Allah.

Muhasabah Diri

Sedar atau pun tidak bahawa hari ini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 2013. Ini bermakna detik waktu berjalan begitu pantas, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus berlalu tanpa menunggu kita. Sedarlah bahawa pergerakan masa ini bermakna ianya telah menambah lagi usia kita yang sememangnya kurnian Allah SWT. Bertambahnya usia, selayaknya membuat kita menjadi insan yang lebih bernilai di sisi Allah SWT. Nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Allah yang bersifat sementara ini adalah satu anugerah yang sangat bernilai bagi seorang hamba yang mengerti erti hidup sebagai satu ibadah. Firman Allah SWT di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 50:

(Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata."
(Surah adz-Dzaariyaat, ayat 50)
Justeru, tahun baru yang akan menjelma ini hendaklah dimulakan dengan lafaz kesyukuran kerana kita …

Ke Marilah

(i)

Ke marilah ke sini
syurga impian insani serata bumi
yang di mata berimpiankan duniawi