Sempena Tahun Baru

(Doa Akhir dan Awal Tahun Hijri)

(i)

Ampunkan kami, Tuhan
segala dosa dan nista kami
yang kami terlepas taubatnya
yang sungguh Kau tidak meredhainya
yang sungguh Kau tidak melupakannya
yang sungguh Kau beri peluang
agar kami kembali ke atas laluanMu.

Terimalah kami, Tuhan
segala amal keredhaanMu
setiap yang kau ganjarkan

Jangan putuskan harapan kami,
Tuhan.

(ii)

Lindungi kami, Tuhan
sempena tahun baru
daripada syaitan yang durjana
juga setiap penolongnya dan tenteranya

Bantu kami, Tuhan
mengatasi nafsu amarah
yang selalu memintaku
berbuat amalan bahaya

Bantu kami, Tuhan
mengubah diri kami
menjadi sebaik-baik insan
dengan kuasa dan kurniaMu

(iii)

Tuhan,
Kaulah yang Pertama
Kaulah yang Terdahulu
Kaulah yang Abadi...

Kampung Dungun Timbok, Tuaran, Sabah.
Isnin, 4 November 2013, jam 2.29 petang.

Comments