Posts

Showing posts from November, 2013

Ahmad Ammar: Pemergian bersama Teladan

Image
Ahmad Ammar: Sepanjang Kehidupan


ما في المقام لذي عقـل وذي أدب # من راحة فـدع الأوطان واغتـرب
Tidak ada tempat untuk pemilik akal dan budi... ...untuk berehat. Maka, tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
سافر تجد عوضا عمن تفارقـه # وانصب فإن لذيذ العيش في النصب
Mengembaralah. Kau tetap akan mendapat pengganti setiap insan yang kau tinggalkan... ...dan berusahalah kerana, sesungguhnya, kelazatan hidup ada di kala kepenatan.
(Imam Syafie)
“Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini. Lalu, aku mula berfikir; aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah, berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini.” (Ahmad Ammar Ahmad Azam)
Dua rangkap syair Imam Syafie menjadi pendorong kepada al-Marhum Ahmad Ammar Ahmad Azam (1993-2013) untuk menuntut ilmu di Turki dan menyingkap sejarahnya, termasuklah sejarah pembangunan Islam di sana. Semangatnya yang membara untuk menuntut ilmu sekuat semangatnya mencintai Allah dan RasulNya. 

A…

Sempena Tahun Baru

(Doa Akhir dan Awal Tahun Hijri)

(i)

Ampunkan kami, Tuhan
segala dosa dan nista kami
yang kami terlepas taubatnya
yang sungguh Kau tidak meredhainya
yang sungguh Kau tidak melupakannya
yang sungguh Kau beri peluang
agar kami kembali ke atas laluanMu.

Terimalah kami, Tuhan
segala amal keredhaanMu
setiap yang kau ganjarkan

Jangan putuskan harapan kami,
Tuhan.

Petunjuk

Aku masih ingat pada Mei tahun lepas. Aku ditawarkan masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai kursus Asasi Bahasa Arab.

Sebelum aku didaftarkan di situ di kampus Petaling Jaya, aku cuba untuk mengenali seseorang. Dia perkenalkan dirinya sebagai seekor kucing yang bergelimpangan ketiduran.

Kucing itu masyhur sehinggalah pada hari memangkah undi peringkat komuniti. Dari luar, kemasyhuran kucing itu ditarik masuk ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan di Dewan Kuliah A. Sungguh, kucing itu sungguh masyhur.

Aku yang ditarik bertanding sempat mendengar kemasyhuran itu. Bukan setakat pada hari memangkah undi; bahkan pada beberapa hari sebelum itu. Ya, pada sesi induksi. Cuma, aku tak mampu mendengarnya terlalu lama kerana aku dipanggil menduduki kerusi Penolong Setiausaha Perwakilan Kolej pada Mesyuarat Agung Tahunannya jua.

Ya, dia pencinta kucing bak Abu Hurairah, katakan.

Rupa-rupanya orang itu akan bersama aku. Ya, dialah itu yang setia menemaniku.