Kebersamaan yang Bererti

Bukan mudah bagiku untuk kehilanganmu. Kebersamaan aku dan kamu membuatkan aku terasa sukar untuk tidak bersamamu lagi. Kau hadir di sisiku di kebanyakan waktu; terasa bahawa kaulah insan yang paling bererti. Mungkin erti kebersamaan harus terhenti setakat di sini; kerana kita, sampai saatnya, harus membawa diri ke jalanan yang tersendiri. Aku tahu pertemuan yang terdahulu bukanlah yang pertama; namun, aku harap agar pertemuan itu bukanlah yang terakhir. Kau masih aku perlukan di suatu saat mendatang. Ketahuilah; betapa kehadiranmu buatku, selama ini, amatlah bererti.

Kolej Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Ahad, 13 Oktober 2013, jam 8.15 pagi.

Comments