Posts

Showing posts from October, 2013

Hilang

Monolog:
Tersenyumlah saat kau mengingatku kerana, saat itu, aku sangat merindukanmu; dan menangislah saat kau merindukanku kerana, saat itu, aku tak berada di sampingmu; Tetapi, pejamkan mata indahmu itu kerana, saat itu, aku akan terasa di dekatmu; kerana aku telah berada di hatimu untuk selamanya. Tak ada yang tersisa lagi untukku selain kenang-kenangan yang indah bersamamu. Mata indah yang dengannya aku bisa melihat kesucian cinta, mata indah yang dahulu adalah milikku, kini semuanya terasa jauh meninggalkanku. Kehidupan terasa kosong tanpa keindahanmu. Hati, cinta dan rinduku adalah milikmu. Cintamu takkan pernah membebaskanku. Bagaimana mungkin aku terbang mencari cinta lain? Saat sayap-sayapku telah patah keranamu, cintamu akan tetap tinggal bersamaku hingga akhir hayatku dan setelah mati; hingga tangan Tuhan akan menyatukan kita lagi. Betapa pun hati telah terpikat pada susuk terang dalam gelap yang tengah menghidupkan sinar redupku, namun tak dapat menyinari dan menghangatkan…

Zulhijjah dan Pengorbanan

Zulhijjah

Setiap kali kita disampaikan ke bulan Zulhijjah, kita akan diperingatkan tentang 2 perkara – Hari Raya Aidiladha dan ibadah haji – yang memiliki pengertian dan pengajarannya yang tersendiri.

Kita sedia maklum bahawa ibadah haji hanya ditunaikan oleh setiap mereka yang berkemampuan dan yang diberikan kesempatan. Begitu jugalah dengan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha yang berlanjutan sehingga Hari-hari Tasyrik. Ramai sahaja yang boleh dan ingin mengerjakan haji mahupun menunaikan ibadah korban pada tahun ini, namun belum diberikan kekuatan dan kesempatan. Setiap halangan itu pasti ada sebabnya.

Namun begitu, jika kita terhalang daripada melakukan ibadah-ibadah yang berkenaan, kita tidak boleh pula menjadikan halangan itu sebagai sebab untuk kita berputus asa. Marilah kita redha dan sabar dengan segala takdirNya. Yakinlah; suatu masa nanti, kita akan diizinkan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah-ibadah tersebut. InsyaAllah.

Buat setiap yang menjadi tetamu Allah SWT pa…

Kebersamaan yang Bererti

Bukan mudah bagiku untuk kehilanganmu. Kebersamaan aku dan kamu membuatkan aku terasa sukar untuk tidak bersamamu lagi. Kau hadir di sisiku di kebanyakan waktu; terasa bahawa kaulah insan yang paling bererti. Mungkin erti kebersamaan harus terhenti setakat di sini; kerana kita, sampai saatnya, harus membawa diri ke jalanan yang tersendiri. Aku tahu pertemuan yang terdahulu bukanlah yang pertama; namun, aku harap agar pertemuan itu bukanlah yang terakhir. Kau masih aku perlukan di suatu saat mendatang. Ketahuilah; betapa kehadiranmu buatku, selama ini, amatlah bererti.

Kolej Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Ahad, 13 Oktober 2013, jam 8.15 pagi.

ADC CFS IIUM: State of the Club (2 October 2013)

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES ARABIC DEBATE CLUB
STATE OF THE CLUB BY THE PRESIDENT
2 OCTOBER 2013
For the first semester of 2013/2014 academic year, we made our own history at our own stage.

We opened the Arabic Debate Chamber House, Centre for Foundation Studies (CFS), International Islamic University Malaysia (IIUM), with the most prestigious debate. The debate – I mean: Arabic Debate Opening Session, the first ever Arabic debate chamber session for 2013/2014 academic year – between Malaysia and Palestine was organized meaningfully and successfully. That debate symbolized the true brotherhood and friendship between Malaysia and Palestine.

We were there not to be a winner. It’s hard for us to win that debate. The Palestinians is a group of Arabic native speakers. However, we are lucky because we got something from them – in term of knowledge – and we gave something to them – in term of appreciation, friendship and financial assistance.