Wednesday, 7 August 2013

Setitis Cahaya di Aidilfitri

Di sekitar suria yang menyinar,
hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang,
timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
bak sembilu menyayat di kalbu
mengenang nasib diri sebatang kara
mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwaku
terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
berkekalan, akan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
setitik cahaya untuk meniti
pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman nan setia.

AISHAH

0 comments:

Post a Comment