Posts

Showing posts from August, 2013

Kerinduanku

Rindu membawaku bertandang di sini, tempat yang penuh hijau dan mendamaikan. Meski dirimu tidak ku temui, namun kau di minda dan jiwa menjadi ingatan. Aku tahu, tiada istimewanya dirimu meski kau pernah jadi insan yang paling berjaya dan berguna, jauh dari perbatasan. Namun, kerana di beberapa tempat dan ketika, kau bagiku punya cukup pengertian, kaulah yang senantiasa terdekat dalam persahabatan. Rinduku adalah untuk bersama membangun diri dan kawasan. Kasihku adalah dengan bermohon agar Allah senantiasa bersamamu dalam kerestuan. Semoga kau elok-elok sahaja di waktu kau, di mata, amat jauh di kejauhan.

Kolej Maryam, UIAM, Gombak, Selangor.
Ahad, 25 Ogos 2013, jam 4.17 petang.

Ucapan Ringkas sempena Aidilfitri 1434H

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai insan biasa, saya tidak dapat lari daripada kesilapan. Di kesempatan ini, izinkan saya memohon berbanyak keampunan daripada Allah SWT; dan berbanyak kemaafan daripada semua atas dosa-dosa saya, kesalahan saya, kesilapan saya, kekurangan saya dan kelemahan saya sepanjang kehidupan ini. Saya berazam untuk memperbaiki diri di masa mendatang.

Sama-samalah kita raikan Hari Raya Aidilfitri dan Syawal dengan penuh kesyukuran dan keinsafan; dalam suasana aman, damai dan harmoni dengan menghayati erti perpaduan dan persaudaraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua. Semoga Allah merestui kita semua dengan rahmat, keampunan dan kasih sayangNya. Salam daripada saya dan keluarga.

Ramadhan yang Dirai dan Dirindui

Setiap yang bermula pasti akan berakhir; begitulah dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang menggalakkan seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah dan khidmat bakti. Kedatangannya amat dialu-alukan dan pemergiannya amat dirasai dan ditangisi. Jikalau orang biasa merasai kedatangan, perjalanan dan pemergian Ramadhan yang mulia, orang yang luar biasa – yang banyak amal ibadahnya serta tinggi keimanan dan ketaqwaannya – apatah lagi. Walaupun Ramadhan sarat dengan mesej kesabaran dan ketabahan, Ramadhan diklasifikasikan sebagai sebuah bulan yang penuh dengan kasih sayang Allah SWT.

Setitis Cahaya di Aidilfitri

Di sekitar suria yang menyinar,
hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang,
timbul tangis hiba di fajar mulia